"Master, kereta lembu tu apa?"
"Kereta lembu tu ialah kereta yang dinaiki lembu."
Teddy pun Bing.com "kereta dinaiki lembu", dapatlah gambar ini....
http://ohpemandu.com/2011/01/lembu-dalam-kereta-2/ |
Dan juga ini ...
http://whatalulu.blogspot.com/2008_01_01_archive.html |
Tedi pun tunjuk pada Master.
"Hahahahahahahaha, lawak la nko ni Tedi. Macam ini ha rupa sebenar kereta lembu.", Master pun tunjukkan gambar bawah ni.
"Kereta lembu ni sebenarnya pedati yang ditarik oleh lembu. Pedati yang belakang ada tayar tu. Kalau kuda yang tarik pedati tu, kita panggil kereta kuda. Kalau orang yang tarik, kita panggil beca.", jelas Master dengan panjang lebar.
Pedati di Yogyakarta, yang ini ditarik 2 ekor lembu. |
"Owh, gitu ke Master?"
"Ha'ahla. Kalo Tedi nak tau, pedati ni dah lama digunakan sejak zaman dulukala lagi. Omputeh panggil Chariot. Gunanya lebih kepada kelengkapan perang."
Hittites 3 man Chariot. |
"Contohnya macam Hittites 3 man Chariot ni adalah pedati perang yang boleh dinaiki 3 orang iaitu seorang pemandu, pemanah & penombak. Pedati perang memberi pilihan kepada panglima perang untuk menyerang dengan pantas, selalunya dari jarak jauh menggunakan panah. Penombak berfungsi melindungi pemanah jika ada serangan jarak dekat."
Apa2lah Master, asyik2 perang. Tedi nak tido. zzzZzzZZzzzz.
2 Ulasan
Car cow r bullock cart
BalasPadamwuish car cow tu Lamborghini... hehe
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.