Kolaj adalah satu teknik menghasilkan karya seni terutamanya dalam seni visual, di mana hasil seni tersebut dihasilkan daripada susunan pelbagai bahan dan bentuk berlainan, menghasilkan satu karya baru.

Secara ringkasnya kolaj bermaksud tampal dan gam, di mana teknik kolaj dipercayai mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912.

Pablo Ruiz Picasso (25 Oktober 1881 - 8 April 1973) adalah pelukis, pengukir, pembuat cetakan, ahli seramik dan pereka teater Sepanyol yang menghabiskan sebahagian besar masa dewasanya di Perancis. Dianggap sebagai salah satu seniman yang paling berpengaruh pada abad ke-20, dia terkenal sebagai pengasas bersama gerakan Cubist, penciptaan patung yang dibina, pengasas bersama seni kolaj, dan peneroka serta pengembang untuk pelbagai jenis gaya dalam seni.

gambar kolaj 2 ekor ayam jantan berwarna putih
Kolaj dua ekor ayam jantan sedang bertenggek atas sesuatu.

Kolaj merupakan hasil seni yang dihasilkan dari cebisan-cebisan kertas yang ditampal atas sesuatu.

Tak semestinya kertas sahaja kerana pada zaman ini sudah ada yang menampal kepingan kaca atau batu marmar untuk dijadikan kolaj,

Ini merupakan sebahagian koleksi kolaj seni daripada seniman Atelier Sundal.

Gambar kolaj seekor burung gagak sedang mematuk sesuatu. Kolaj burung.
Kolaj seekor burung berwarna hitam yang Tedi percaya adalah seekor burung gagak sedang mematuk sesuatu, lokasinya macam di sebelah tong sampah.

Ada kolaj yang Tedi jumpa berharga mahal menggunakan kertas berwarna-warni yang dipotong cantik petak-petak, bukannya menggunakan cebisan kertas yang dicarik-carik.

Contoh kolaj yang menggunakan jubin adalah kolaj ikan patin yang Tedi jumpa di Dataran Temerloh pada suatu masa dahulu.

Selain itu ada juga Tedi jumpa orang menghasilkan kolaj di dinding menggunakan cebisan cengkerang siput.

Apa-apa pun Tedi percaya sesiapa yang nak hasilkan sesebuah kolaj seni sebegini perlu ada kesabaran yang sangat tinggi.

 


Kiriman ini pertama kali dikarang pada 20120927. Dikemaskini pada 20190420.