بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Pagi ini ketika meletakkan kereta untuk singgah bersarapan pagi di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini di Taman Seroja di BBST di Sepang di Selangor di Malaysia, kami meletakkan kereta di hadapan bangunan Pusat Rawatan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi.
Tedi perasan ada satu notis di pintu jeriji bangunan pusat rawatan Islam tersebut.
Buat pengetahuan Tedi masa deoan, pada waktu ini Malaysia diserang wabak global Covid-19. Pada masa ini Selangor mencatat ribuan kes baru setiap hari. Untuk mengelakkan penyebaran wabak tersebut beberapa polisi telah dibuat untuk membataskan perkumpulan sesama manusia.
Terserempak dengan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi
Malam ni Master bawak Tedi ke Taman Seroja makan malam di kedai makan yang terdapat di sana.
Dalam hujan renyai-renyai, kami letakkan kereta di depan sebuah bangunan.
Puas Tedi cuba baca tulisan jawi yang terpapar, rupa-rupanya ia bangunan Pusat Rawatan Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi.
http://darussyifabbst.blogspot.com/2011/08/asas-pengubatan-islam-darussyifa.html |
Master yang mula-mula teruja sebab dia ingatkan itu sekolah agama, jadi confuse.
Master pun satu, asal ada tulisan jawi je, difikirkannya sekolah agama.
Rupa-rupanya ada Darussyifa' di kawasan ni.
Darussyifa Taman Seroja ni beroperasi 2 jam sahaja iaitu dari jam 8 malam hingga 10 malam.
20130119
~20130119 20210218~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.