Siang tadi Tedi berjaya ubahsuai rak baju Tedi.
Ini semua gara2 Master beli rak yang tinggi, tak muat nak masuk dalam almari baju Tedi.Jadi Tedi pun mula la mencari idea bernas sebab Tedi tak nak beli rak lain dah.
Mula2 Tedi plan apa nak buat. Setelah berdiskusi dengan Cikgu Pogy akhirnya Tedi membulatkan tekad untuk merendahkan rak baju tu.
Kemudian Tedi ukur & tandakan ketinggian yang sesuai untuk rak baju tu.
Setelah selesai diukur & tanda, Tedi bongkar rak tu pada mana2 bahagian yang perlu. Guna pemutar skru je pun.
Selepas semua bahagian dibongkar, Tedi memerintahkan Master untuk gergaji bahagian2 rak itu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Mula2 Tedi suruh potong gunakan laser untuk ketepatan yang lebih, namun Master kata Tedi ni berangan tak sudah.
Tak payah letak la gambar proses pemotongan yang terlibat. Gergaji je pun.
Kemudian Tedi pun pasang la semua bahagian yang ada mengikut kreativiti Tedi.
Hahaha, dah siap pun rak baju Tedi, bolehla Tedi letak macam2 nanti. Tapi sedihnya Tedi dah tak boleh masuk dalam almari tu.
Lama jugak nak siapkan rak tu. Tedi start jam 10.30 pagi, siap dekat jam 4.00 petang.
Dekat 5 setengah jam jugak tu.
Rupa2nya nak bertukang ni takde la sesusah mana, asalkan ada peralatan yang sesuai dan juga minda yang cerdas seperti minda Tedi ni, dah cukup.
Tapi kalau kawan2 nak bertukang pastikan diawasi oleh ibu-bapa atau penjaga ek.
Hati2 dan selamat bertukang.
Ok la kawan2, masa untuk tido.
29 Jan 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.