Tedi selalu dengar iklan Shell yang menyatakan pemanduan mengikut had laju boleh menjimatkan minyak. Tedi malas nak percaya kerana Tedi memang tak berapa nak percaya propaganda para penjual ni.

Semua produk mereka adalah hebat... cit...

logo syarikat minyak Shell Malaysia dengan slogan pergi lebih jauh

Tedi: Master, selalu master gi keje pecut berapa KM/j?

Master: Mengapakah Tedi bertanyakan soalan itu?


Tedi: Saja Tedi tanya untuk merungkai beberapa persoalan yang bermain di minda.


Master: Selalu 100KM/j jer, itu pun dalam area MEX.


Tedi: MEX tu apa master?


Master: Maju Expressway. Ada orang sebut Highway KL-Putrajaya... Kenapa Tedi sibuk nak tau?


Tedi: sebab iklan tu kata kalau bawak ikut had laju boleh jimat.


Master: owh, betul la tu.


Tedi: ye ker Master?


Master: ha'ah. Kalo bawak 90KM/J kat MEX tu kita boleh pergi lagi 21KM. Kalau bawak 110KM/J lak kita akan hilang dalam 18KM.


Tedi: oooo.. betul la iklan tu ek?

Master: erm, nampak gayanya la. Lagipun master check gitu-gitu jer.

Master pun dah mengiyakan kebenaran iklan tersebut, maka benarlah iklan itu.

Tedi: Master, mana lebih pergi jauh, Shell atau Petronas.

Master: lebih kurang sama jer. Cuma shell ni best masa pecut. Kalau santai, better Petronas.


Dan Tedi pun tau, master tak suka pecut.

Perbualan Tedi dan Master ni pada mulanya dirakam pada tarikh 11 Januari 2013. Mengenai cara menjimatkan penggunaan petrol kereta dengan teknik mengurangkan bilangan pecutan kereta kita. Ternyata memandu dengan lebih laju akan memerlukan lebih penggunaan minyak kereta kerana beberapa faktor seperti rintangan angin dan kemampuan enjin kereta.

20130111