Semua orang mesti kenal bar coklat kan? Tapi ada yang lagi best iaitu bar emas.

CombiBar merupakan kepingan emas seberat 50g dan boleh dipatahkan kepada 50 kepingan emas seberat 1g.

gambar kepingan bar emas valcambi suisse 50g fine gold 999.9
Valcambi suisse 50g fine gold 999.9

Kalau ikutkan teknik mematahkan emas ni, telah lama digunakan di Malaysia semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu seperti penggunaan pitis di Terengganu.

gambar seorang lelaki mematahkan kepingan bar emas.

Boleh patah macam tu aje. Pastu bolehlah buat shopping. Kalau Tedi memang tak patahkan dah... sayang kot?

gambar satu keping bar emas cute 1g fine gold
1g fine gold 999.9

Emas cute ini dikeluarkan oleh Valcambi sebuah unit di bawah Newmont.

Sesuai dibeli untuk dihadiahkan. Golongan veteran yang lebih banyak terlibat dalam pelaburan emas setuju bahawa lebih baik mewariskan sekeping kecil emas daripada sejumlah wang.

Ini adalah kerana nilai matawang boleh susut mengikut peredaran zaman manakala nilai harga emas selalunya meningkat.

Saiz sebesar kad kredit. Err, Tedi takde kad kredit, jadi Jedi tak boleh nak anggarkan sangat saiz kad kredit tu.


(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6)
 
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (7)
 
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? (8)
 
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? (9)
 
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (10)
 
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? (11)
 
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? (12)
 
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? (13)
 
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah. (14)
 
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. (15)
 
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? (16)
Surah An-Naba QS 78:6-16


Kiriman ini diterbitkan pada 20130205.