Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam.

  • Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya.
  • Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan.
  • Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi.
  • Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji.
  • Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita bagaimana cara solat jemaah sebagai makmum.

 


Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah

gambar posisi imam dan makmum dalam shalat berjemaah

Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com

Gambar di atas menunjukkan susunan saf solat berjemaah dalam beberapa keadaan iaitu apabila jemaah mengandungi bilangan jemaah seperti berikut

  1. Dua orang lelaki
  2. Seorang lelaki & seorang wanita
  3. Dua orang lelaki & seorang wanita atau lebih
  4. Beberapa lelaki dan wanita
  5. Tiga orang lelaki atau lebih
  6. Dua orang wanita
  7. Tiga orang wanita atau lebih
  8. Bila ada anak-anak.

 


Shaf Sholat Berjemaah

gambar shaf sholat berjama'ah
Shaf shalat berjemaah
budakkampung39.blogspot.com
Di sini dinyatakan bahawa makmum yang solat bersendirian dalam 1 saf wajib mengulangi solatnya,
tapi dalam satu kuliah Ustaz Azhar Idrus menyatakan Rasulullah S.A.W tegur seorang sahabat yang solat bersendirian dalam 1 saf namun tak suruh solat semula.
Oleh itu jika hanya bersendirian, muslimin harus tarik makmum di saf depan untuk membentuk saf baru.
Ini pun bagi Tedi kalau sangat perlu, sebab kalau di masjid yang ramai makmum, kalau solat seorang di satu saf mungkin tak jadi masalah jika kita yaqin akan ada makmum lain datang,
contohnya kita tahu ada makmum sedang mengambil wudhu dan akan menyertai saf untuk solat jemaah.
Wallahu'alam.

 


Posisi makmum perempuan dan imam lelaki

Secara ringkasnya apabila makmum perempuan berimamkan lelaki mengikut pemahaman Tedi:

  • kedudukan makmum wanita adalah di belakang imam. Saf paling belakang adalah saf yang terbaik bagi makmum wanita.
  • haram seorang makmum wanita solat berdua-duaan sahaja berimamkan lelaki yang bukan muhrim. Sama seperti dilarang lelaki dan wanita berdua-duaan kerana itu adalah permulaan kepada zina.
  • jika ada kanak-kanak lelaki, kedudukannya adalah di antara makmum wanita dan imam.
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahwasanya Rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah bersabda:
“sebaik-baiknya barisan saf lelaki-lelaki adalah awalnya dan sebutuk-buruknya adalah yang terakhir. Sebaik-baik barisan saf perempuan adalah di akhir dan seburuk-buruknya adalah di awalnya." 
- Riwayat Muslim  (440)

 


Kedudukan solat jemaah wanita sahaja

Jemaah wanita sahaja bermaksud solat jemaah dengan imam wanita dan makmum wanita sahaja.

Ini adalah ringkasan kepada posisi imam dan makmum perempuan.

  1. Kedudukan imam perempuan hendaklah berada di tengah-tengah makmum perempuan.
  2. Disunatkan kedudukan makmum wanita jika hanya berdua dengan imam wanita
    1. hendaklah tidak melebihi kedudukan imam, dan
    2. afdhal menjarakkan kedudukannya ke belakang sedikit dari imam, dan
    3. kedudukannya di sebelah kanan imam.
  3. Jika bilangan makmum perempuan yang ramai, imam perempuan tidak perlu untuk keluar berdiri di hadapan makmum seperti mana imam lelaki. Cukup imam berdiri di hadapan sedikit daripada saf makmum tersebut seperti mana keadaan imam bersama seorang makmum sahaja.

Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-464 : KEDUDUKAN IMAM PEREMPUAN DAN MAKMUM KETIKA SOLAT JEMAAH (muftiwp.gov.my)

 


Tatacara Solat Berjemaah Bertiga dengan Seorang Makmum Datang Kemudian

Ini cara makmum kedua masuk ke dalam jemaah yang ada dua orang sahaja.
Makmum kedua tu kenalah tarik (selalunya tepuk perlahan bahu kiri) makmum pertama ke belakang.
Orang Melayu selalu cuit sahaja manakala orang belah Timur Tengah memang akan tarik (selalunya di bahagian abdomen) sehingga saf jadi lurus.
Masa untuk tarik itu ada 2 (dua) pendapat juga.
Pendapat pertama kata tarik sebelum mula solat, manakala pendapat kedua kata kena mula solat dulu supaya tak jatuh hukum ganggu orang solat.
- Sumber foto: www.facebook.com/ustazDonDaniyalDonBiyajid

Mengikut kefahaman Tedi jika seorang makmum lelaki lewat menyertai jemaah dua orang lelaki, ada dua kedudukannya:

  • makmum baru tiba berdiri di belakang imam, dan menarik (membantu) makmum yang sedang bersolat bergerak ke belakang untuk menyertai safnya.
    • Selalunya orang Melayu cukup dengan mencuit atau menepuk lembut bahu di sebelah kiri.
    • Orang Timur Tengah atau Afrika pula lebih suka menarik bahagian perut sehingga sejajar dengan saf baru. Jangan terkejut ya.
  • makmum yang baru tiba berdiri di sebelah kiri imam setara dengan makmum sedia ada dan kemudian imam akan bergerak ke hadapan
    • Orang Melayu tidak biasa dengan kaedah ini, kemungkinan imam akan keliru dan tidak berbuat apa-apa.
  • harus diingat pergerakan major dalam solat hanya 2 kali sahaja. Jadi harus berhati-hati semasa berpindah kedudukan dalam solat.

 


Membentuk Saf Solat Jemaah

Ketika memulakan solat jemaah, saf diluruskan dengan menyamakan hujung tumit.
Keutamaan adalah satu makmum di belakang imam, makmum kedua di kanan, makmum ketiga di kiri, terus selang seli begitu dengan tujuan saf seimbang.
Kedudukan di belakang imam lebih afdhal dan perlukan ilmu yang tinggi untuk gantikan atau tegur imam.
Kedudukan di kanan lebih afdhal daripada kiri, manakala kedudukan di hadapan lebih afdhal daripada saf belakang bagi lelaki, dan saf terbelakang lebih afdhal bagi wanita.
- Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2010/10/permasalahan-dalam-saf-ketika-solat.html

 


Bahu Bertemu Bahu, dan Kaki Bertemu Kaki dalam Saf Solat Jemaah

gambar cara solat jemaah rapat bahu dan tumit
Saf yang rapi adalah yang bertemu bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki.
- Sumber foto: http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/bicara-solat/panduan-solat-berjemaah/

 


Posisi Solat Jemaah Suami dan Isteri Berdua Sahaja

Secara ringkasnya kedudukan imam makmum suami isteri apabila hanya seorang isteri berimamkan suami (solat berdua sahaja), kedudukan makmum isteri di sebelah kiri dan belakang sedikit dari imam.

Tapi ikut kesesuaian juga untuk kedudukan makmum suami isteri ini contohnya keadaan bilik yang sempit hanya membenarkan isteri berada di belakang suami.

posisi solat jemaah suami isteri, posisi suami ketika imamkan isteri dalam solat jemaah
Kedudukan solat berjemaah suami isteri: Apabila solat berjemaah suami dan isteri sahaja, si isteri posisinya di belakang suami dan ke kiri sedikit.

 

 


Syaitan mencelah di celah saf yang tidak rapat seperti anak kambing

Gambar rapatkan saf solat jemaah untuk elakkan syaitan mencelah
Rapatkanlah saf kalian, dekatkan antara saf, ratakanlah leher kalian. Demi Zat dan jiwaku di Tangan-Nya, sesungguhnya aku ternampak syaitan menyelit di celah-celah saf seperti anak kambing (Riwayat Abu Dawud)
Sumber: https://shreddedpaper.files.wordpress.com/2010/07/rapatkan-saf.jpg

 


Cara solat berjemaah sebagai makmum

Pengalaman ringkas sebagai makmum solat berjemaah

  • Lebih afdhal tiba di masjid sebelum azan, laksanakan solat sunat qabliyah selepas azan dilaungkan.
  • Jika tiba selepas azan dan sebelum iqamah, perhatikan dulu kesesuaian sebelum solat sunat qabliyah. Jika nampak muazzin dah sedia nak iqamah janganlah sibuk nak solat sunat pula.
  • Jika tiba selepas azan dan ada majlis ilmu, utamakan sertai majlis ilmu berbanding solat sunat.
  • Makmum haruslah bangun dan membentuk saf semasa muazzin iqamah.
  • Makmum jangan kedudukannya melebihi kedudukan imam
  • Pastikan saf lurus dengan menyamakan kedudukan tumit masing-masing
  • Makmum jangan mendahului perbuatan imam, cara terbaik adalah tunggu imam habis bergerak baru mula bergerak, tunggu imam habis takbir di antara rukun baru bergerak kerana kadangkala ada imam yang lambat pergerakannya.
  • Jika ada ruang kosong semasa solat kerana ada makmum keluar dari solat harus dipenuhkan ruang itu
    • keutamaan ialah makmum di kiri bergerak ke kanan, kemudian
    • makmum di belakang bergerak ke depan
  • Jika imam keluar dari solat, makmum di belakang imam perlu menggantikannya. Jadi harus berilmu jika mahu duduk belakang imam.
  • Jangan mengganggu kekhusyukan jemaah, contohnya
    • bertakbir atau bacaan solat terlalu kuat, cukup didengari telinga sendiri sahaja (ada sebab telinga tu dekat dengan mulut)
    • bau badan busuk
    • telefon tidak dimatikan
    • berjemaah jika kurang sihat yang boleh menjangkiti orang lain (selesema, Covid-19)
    • memakai baju dengan corak entah apa-apa di belakang
  • Jika imam melakukan kesilapan makmum lelaki boleh menegur dengan mengucapkan tasbih. Makmum wanita cukup menepuk peha sendiri. Jika imam tak perasan dan batalkan solat boleh terus diikuti. Jika sebaliknya makmum harus mufaraqah.
  • Lebih afdhal tunggu bersama imam selepas habis solat sehingga selesai doa.
  • Laksanakan solat sunat baadiyah.