بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Master kata dia baru tau novel Hijrah karya Abd Latib Talib telah ditarik balik dari pasaran.

Master pun akui dia tak pernah tau pasal novel sejarah itu walhal sebelum ini karya Abd Latib Talib jadi koleksinya.

Tedi pun hairan juga apabila kali master pada tahun lepas dah tak beli karya Abd Latib Talib lagi.

Rupa2nya apa yang menjadi kemusykilan master ada benarnya. Master mula menjauhkan diri daripada karya penulis itu kerana merasakan ada dialog yang tak sesuai, malahan suasananya macam zaman sekarang.

Ada juga fakta yang mengelirukan.

Master pernah suarakan hal ini pada laman web penulis itu sendiri, namun tidak berbalas.

Dan kini Saiful Islam melontarkan pandangan secara terbuka. Bagus usaha itu. Kalau tidak, mungkin masih dibiarkan berkepam.

Kini master mencari penulis baru untuk diikuti dan Saiful Liew mungkin calon terbaik.

"Kisah sejarah Islam harus dipelihara walau seringan mana pun ia." - tegas Master.

20130315