Jenuh Tedi nak menyusun gambar kenangan Mommy dan Master bersama Tok Ma dan Maksu serta dua orang kawan Mommy semasa mereka bercuti di Medan.
Tambahan pula kamera yang Master gunakan iaitu Cameron EOS 500D tiada GPS jadi kita akan susah nak tahu di manakah gambar itu diambil? Nasib baik Master mempunyai tabiat pelik iaitu suka ambil gambar papan tanda.
Cerita kali ini adalah pengalaman mereka berada di Parapat di Danau Toba di Sumatera Utara di Medan di Indonesia, di mana mereka menginap di Siantar Hotel Parapat.
Daftar Masuk Siantar Hotel Perapat
Kamera: Canon EOS 500D.
Bila: 2013-03-22-17:16 hari Jumaat
Sebaik sahaja mendarat dari van yang kami naiki, wow... tak terkata melihat keindahan alam ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.
# Gambar: tasik, bot laju, masjid
# 22 Mac 2013 jam 17:17 petang hari Jumaat # 20130322-medan (147) # Canon EOS 500D
# Siantar Hotel Parapat, MWCP+53 Parapat, Simalungun, Sumatera Utara, Indonesia
Mendaftar masuk ke Siantar Hotel Parapat setelah tiba dari Medan.
# Teks: Selamat Datang di Siantar Hotel Parapat
# Gambar: Kaunter
# Bila: 2013-03-22-1721 hari Jumaat # Kamera: Canon EOS 500D
# Lokasi: Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia
Dah daftar masuk hotel, tentunya nak baring-baring rehatkan badan dan minda. Hari pertama di sana, tiada aktiviti sangat untuk dilakukan. Tetapi suasana hotel di tepi Danau Toba dah cukup menenangkan.
Makan Malam di Istana Minang 2
# Teks 1: Paradep Taxi. P.Siantar Taruntung. # Teks 2: tempel tubeless# Teks 3: Jl. Sisingamangaraja.
# 22 Mac 2013 jam 21:16 malam hari Jumaat
# 20130322-medan (179) # Canon EOS 500D
# Lokasi: Jl. Sm. Raja, Tiga Raja, Girsang Sipangan Bolon, Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara 21174, Indonesia
Pada waktu malam tentulah nak cari makan malam. Supir membawa kami ke Restaurant Istana Minang 2. Walaupun namanya masakan Minang tapi langsung tak pedas macam masakan Negeri Sembilan di Malaysia. Kecewa Master dibuatnya.
Teks: Restaurant Istana Minang 2, menerima pesanan nasi kotak atau makan borongan tour. Pengusaha: Hj Yurlinda. Parapat Danau Toba telefon 062541051.
Lokasi: Jl. Sisingamangaraja No.72, Naga Huta, Siantar Marihat, Kota Pematang Siantar, Sumatera Utara 21114, Indonesia.
Bila: 2013-03-22-2117 hari Jumaat
Sementara menanti masa menjamu selera sempat pula Mummy and the gang menjenguk gerai yang ada di tepi jalan. Gerai ini menjual kad SIM syarikat telko di sana, selain traveller adapter.
Kad SIM memang penting ketika melancong kerana memudahkan kita sebagai pelancong dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan. Boleh sahaja kita gunakan roaming tapi bil telefon nanti sendiri mahu ingatlah ya berapa jumlahnya.
Traveller adapter pun peting juga kerana setiap negara mempunya lubang plag lain-lain jadi kepala plag Malaysia belum tentu dapat digunakan di Indonesia. Jika ada bawalah sekali atau nanti terpaksa beli di negara yang dilawati.
Di bawah ni Tedi benamkan peta pemandangan di sekitar Rumah Makan Istana Minang 2. Sekejap nombor 62 sekejap 72 Tedi pun tak pasti. Tengok nanti lagi sepuluh tahun entah dah naik bangunan tinggi di kawasan ni.
Sabtu, 23 Mac 2013
Aktiviti hari Sabtu adalah lawatan ke pulau di Danau Toba. Cerita mengenai lawatan ke pulau Danau Toba tu Tedi akan ceritakan dalam kiriman lain sebab kiriman ini untuk di Parapat sahaja.
Kita boleh menaiki feri dari jeti di Siantar Hotel Parapat ni. Tapi nak kena tunggu orang lain datang ke jeti tersebut untuk naik feri, maka kita kena tunggu dan sambil itu kita bersarapan dan berjalan-jalan tapi tak jauh sangatlah.
Kamera: Canon EOS 500D.
Bila: 2013-03-23 jam 07:57 pagi hari Sabtu.
Lokasi: Siantar Hotel Parapat, Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.