BR1M - adalah pemberian sekali beri (one-off payment) sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kasar RM 3,000 dan ke bawah. |
BR1M diberi oleh Tok Najib kepada orang-orang susah. BR1M adalah untuk 1Malaysia, maka hanya orang-orang berwarganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja yang bakal dapat BR1M yang diperkatakan ini.
Cikgu Pogy tak layak untuk mendapat BR1M ini, maka Tedi memberi amaran kepada Cikgu Pogy supaya tidak sesekali atau tidak sama sekali memohon BR1M Tok Najib ini.
Sebabnya? Sebab Cikgu Pogy kan seekor katak? BR1M ini hanya untuk orang sahaja!
Siapa yang layak? Alah Cikgu Pogy ni, buat-buat tak tahu pula. Seperti kata orang-orang tua zaman dahulu kala: "Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula."
Mereka yang layak perlulah hanya mempunyai pendapatan isi rumah berjumlah sehingga Tiga Ribu Ringgit Malaysia sahaja. Selain itu mereka perlu memohon untuk mendapatkan bantuan ini.
BR1M ini adalah tanda kasih sayang Tok Najib kepada rakyat Malaysia. Jadi rakyat seharusnya berkasih-sayang dan mengasihi Tok Najib.
Cikgu Pogy ingat tau. Jangan jadi katak yang tidak bersyukur.
Siap pun kerja rumah Tedi.
Okla kawan2 Tedi, Tedi nak tidur dah ni, esok Tedi nak hantar kerja rumah ni kepada cikgu kesayangan Tedi, Cikgu Pogy.
29 April 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.