Kawan2 Tedi yang dihormati sekalian. Jika anda nampak papan tanda ini, sila jangan memancing di sana!
Tak faham? No fishing!
Kenapa tidak boleh memancing di sana? Banyak sebabnya, tapi di lokasi yang Tedi snap gambar ini, ia adalah kawasan persendirian, jadi mungkin pemilik tanah tersebut tidak mahu permisnya menjadi tumpuan para pemancing. Lokasi mana Tedi snap gambar papan tanda dilarang memancing ni? Inilah papan tanda dilarang memancing di tasik The Mines yang Tedi ambil masa hadiri satu majlis kenduri kahwin di sana.
Selain itu boleh jadi juga larangan memancing dikeluarkan untuk memelihara populasi ikan, atau untuk mengelakkan gangguan kepada masyarakat, contohnya gangguan kepada aliran trafik apabila manusia memancing di tempat tidak sepatutnya.
Dilarang memancing No Fishing |
Tapi buat apa nak memancing kan? Nganga mulut cukuplah, macam ni.
Barulah digelar beruang sejati!
Haha, selain gambar papan tanda Dilarang Memancing yang Tedi tangkap tersebut, apakah simbol dilarang memancing yang ada di seluruh dunia?
Logo-logo Larangan Memancing
Di bawah ini pula gambar seorang lelaki bertopi sedang menaikkan tangkapan seekor ikan ketika memancing sambil berdiri di tepi sungai atau kolam atau tasik,
Di bawah ini adalah papan tanda larangan menangkap atau memancing atau memburu ikan jerung yang mungkin bermaksud melarang aktiviti tersebut dalam jarak beberapa kilometer dari pantai tertentu.
Simbol larangan memancing di bawah pula menggunakan karikatur seorang manusia sedang berdiri dan sedang menaikkan seekor ikan yang dipancingnya. Ikon orang yang digunakan di sini adalah logo orang lidi minimalist.
Di bawah ini pula adalah simbol kawasan larangan memancing yang menggunakan hanya ikon kepala ikan dan mata kail yang sedang dicampakkan ke arah ikan tersebut.
Di bawah ini pula adalah simbol larangan memancing yang menggambarkan seorang pemancing duduk memancing di tepi sungai atau kolam.
29 April 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.