Tiba-tiba saja Master senyum selepas dengar 1 nasyid pasal doa sebelum dan selepas tidur. Tedi jadi pelik.
Tedi: "Nape Master senyum?"
Master: "Takde apa-apa pun."
Tedi jadi marah. Tedi tau mesti Master sorokkan sesuatu. Agak-agaknya dia nak curik biskut Tedi tak?
Tedi: "Master tipu!"
Master: "Hahaha, takde apa, dengar doa ni, baru terfikir maksud di sebaliknya."
Tedi: "Mestila pasal kita bersyukur sebab kita hidup lagi kan?"
Master: "Errm, bukan itu yang terlintas. Tapi sesuatu yang sesuai dengan sifat Nabi Muhammad SAW yang selalu bersyukur."
Apakah maksud Master?
"Haha, senang je. Tengok maksud doa tu. Selama ni Master duk fikir kita bersyukur kerana dibangunkan setelah tidur. Tapi bila fikir direct translation, doa ni seolah2 pujian mengagungkan Allah Subhanahua Ta'ala yang akan menghidupkan kita selepas kita mati. Hebat sungguh orang yang memuji atas apa yang belum berlaku."
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.