بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Terkejut Tedi pada pagi ini.

Apatah tidaknya? Master tiba-tiba sahaja merampas tablet Tedi sejurus sahaja dia sedar dari tidur.

Tablet? Ya, tablet yang Tedi pernah ceritakan dalam ASUS Nexus 7 : yeay Tedi dapat tab!.

Komputer tablet: biasanya disebut tablet (dan ada pula yang singkatkan pula hanya kepada tab), adalah peranti mudah alih, biasanya dengan sistem operasi mudah alih dan litar pemprosesan paparan skrin sentuh, dan bateri yang boleh dicas semula dalam satu paket, nipis dan rata. Tablet, sebagai komputer, melakukan apa yang dilakukan oleh komputer peribadi lain, tetapi mungkin tidak mempunyai kemampuan input / output yang dimiliki oleh komputer lain kerana ruang yang terhad. Tablet moden sebahagian besarnya menyerupai telefon pintar moden, satu-satunya perbezaan ialah tablet lebih besar daripada telefon pintar, dengan skrin 7 inci atau lebih besar apabila diukur secara menyerong, dan mungkin tiada akses ke rangkaian selular.

Apakah yang Master nak buat dengan tablet Tedi ek?

Rupa-rupanya Master baca sebuah blog! Master baca blog? Ini sudah satu keajaiban dunia... mana mungkin Master baca blog?

Puas Tedi menyelidik, rupa-rupanya Master cuba mencari kisah apa yang Mommy baca melalui sebuah blog sehingga Mommy tidak boleh tidur?

Ceh, cerita pasal mimpi sahaja rupanya!

Terus Master merepek selepas tahu pasal kisah mimpi itu. Master memang malas betul apabila Mommy ketakutan hanya disebabkan membaca kisah tahyul tahayul sebegitu.

Tahayul: Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan; 2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bukannya Master tidak mempercayai alam ghaib, tapi biarlah berpada-pada kerana kita ni semuanya adalah makhluk Allah subhanahu wa ta'ala kan?

Janganlah takut sangat tidak tentu hala, cukup seram sedikit-sedikit sahaja cukuplah.

Imaginary pictures of ghosts of subtle beings of the supernatural while sleeping in nightmares
Gambar imaginasi hantu makhluk halus alam ghaib semasa tidur mimpi seram yang dibayangkan oleh media barat.

~20130425~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih