Sekurang2nya 7 spesis buaya hidup di daerah Urumaco, Venezuela, pada penghujung zaman Miocene
(University of Zurich)
Sekumpulan paleontologist (Tedi gelar sebagai "pengkaji fosil") antarabangsa melaporkan penemuan 2 spesis baru buaya (mungkin kurang tepat gelaran ni) zaman prasejarah di daerah Urumaco, Venezuela.

Mereka kata ada 14 spesis yang wujud di Amerika Selatan pada 9 hingga 5 juta tahun dahulu & minimum 7 spesis yang hidup bersama di Urumaco pada 1 masa yang sama.

Urumaco adalah sungai di Teluk Venezuela yang dah tak wujud pada zaman sekarang.

Buaya Jejulong
Ni bukan buaya Venezuela, tapi buaya Malaysia.
Ada 3 keluarga buaya:

  1. Buaya (Crocodylidae)
  2. Alligator (Alligatoridae) - yang ni orang Amerika Syarikat bela untuk dimakan. Hehe. Diorang kata rasanya macam daging ayam. Tedi pernah tonton di History Channel.
  3. Gharial (Gavialidae) - di Malaysia dipanggil buaya gak. Buaya Jejulong (Malayan gharial) nama dia, tapi muncung dia halus & panjang. Mungkin ada gharial lain di Malaysia, ada masa Tedi kaji.

2 spesis buaya prasejarah yang baru ditemui itu ialah:
  • Crocodylus falconensis
    • Alligatoridae
    • punyai set gigi spherical (melengkung ke dalam) sesuai untuk makan ketam, siput & kerang.
  • Globidentosuchus brachyrostris
    • Crocodylidae
    • makan penyu, tikus gergasi & buaya kecil.

Crocodylus falconensis boleh mencapai panjang 13-kaki atau 4-meter. (University of Zurich)

Globidentosuchus brachyrostris (University of Zurich)
Macam kepala penyu je ni? Ironinya mereka makan penyu, tikus gergasi &  buaya kecil.
Semua spesis buaya di sungai itu mati 5 juta tahun dahulu.

Tedi sangkakan mereka pupus kerana perubahan iklim dunia, tetapi mereka mati kerana pergerakan plat tektonik. Pergerakan itu merubah aliran Sungai Amazon dari Lautan Caribbean ke Lautan Antlatik.


Bacaan lanjut:


23 Mei 2013