Pelan interior deco? |
- Ahli arkeologi menemui hampir 5000 lukisan gua di timur-laut Burgos.
- Burgos ialah sebuah perbandaran yang terletak di negeri Tamaulipas, Mexico.
- Penemuan ini penting bagi pengkaji teknologi awal kumpulan-kumpulan pemburu pada zaman pre-Hispanic.
- Pre-hispanic: tempoh masa sebelum abad ke-16 apabila penjelajah Sepanyol menemui dan menakluki Mesoamerika dan Amerika Selatan.
- Sebelum penemuan ini, manusia beranggapan tiada kumpulan manusia di Burgos pada zaman pre-Hispanic itu.
- Kesemua 4,926 lukisan dijumpai di 11 tempat berasingan.
- Terdapat 1 gua dengan 1,550 lukisan.
- Lukisan2 itu menggunakan pigmen warna merah, hitam, kuning & putih. (Macam bendera UMNO la pulak?)
- Tema utama lukisan adalah manusia, haiwan, serangga & seni abstrak. Ye ker abstrak? Entah2 diorang tak faham, terus tuduh itu lukisan abstrak.
Orang... ada pedang? yang kanan tu macam gambar Beruang? |
- Penemuan ini mencadangkan kewujudan sekurang2nya 3 kumpulan pemburu di kawasan pergunungan San Carlos.
- Lukisan2 itu menggambarkan:
- senjata memburu,
- aktiviti seperti memburu, memancing & berhimpun (zaman purba pun boleh berhimpun, zaman sekarang yang moden ni, dilarang la pulak?)
- budaya amalan agama
- astronomi
Mata? |
- Kumpulan2 pemburu itu dikatakan berjaya mengelak daripada Sepanyol selama 200 tahun.
- Pengkaji rancang untuk kaji komponen budaya lukisan2 itu.
- Pengkaji juga mahu melakukan analisa kimia untuk menentukan umur lukisan2 itu. Mereka jangkakan usianya bermula seawal 40000 tahun, sekaligus membuktikan Neanderthals adalah pelukis dinding gua pertama.
- Penemuan ini diumumkan semasa perjumpaan kedua Historic Archaelogy di National History Museum di Mexico.
Bacaan lanjut:
May 25, 2013, 20130525
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.