Tadi Tedi termenung dan teringat nama Sri Andalas. Tiba-tiba terfikir pula apa bendanya Andalas tu? Kita Google.com & Bing.com la dulu:
.: Kandungan :.
Sejenis tumbuhan | Nama lain atau nama purba Sumatera | Andalas vs Andalus | Andalas mungkin boleh disandarkan kepada Andalus? | Pantun Andalas | Artikel Akhbar | Rujukan
Sejenis tumbuhan
Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa Andalas adalah sejenis tumbuhan (pokok) yang baik kayunya.
dan ejaan dalam tulisan Jawi untuk andalas adalah اندالس
Nama lain atau nama purba Sumatera
- http://id.wikipedia.org/wiki/Sumatera kata Andalas adalah nama lain Sumatera.
"Sumatera atau Sumatra adalah pulau keenam terbesar di dunia yang terletak di Indonesia, dengan luas 443.065,8 km2. Penduduk pulau ini sekitar 52.210.926 (sensus 2010). Pulau ini dikenal pula dengan nama lain yaitu Pulau Percha, Andalas, atau Suwarnadwipa (bahasa Sanskerta, berarti "pulau emas")."
- http://mykamus.com/free/2010/09/andalas/ kata Andalas adalah nama purba Sumatera.
"Maksud perkataan Andalas adalah / The meaning of Andalas is :
ancient name of Sumatra"
- Andalas University terletak di Sumatera.
- Andalas Group juga berpusat di Sumatera.
Memandangkan semuanya berkait rapat dengan Sumatera, maka Tedi berpuas hati la Andalas tu nama lama Sumatera, tapi selalunya asal nama sesuatu tempat tu mestilah ada makna sendiri?
Adakah mungkin Andalas adalah nama lama Sumatera yang berasal dari nama sejenis tumbuhan?
***
Andalas vs Andalus
Rupa-rupanya jawapannya ada dalam wikipedia Bahasa Inggeris:
"After the introduction of Islam to the archipelago in 13th century, the island was also called Andalas by Muslim travellers .[5] Sumatra was the farthest east in the Muslim world so its position was in some way similar to Al-Andalus which was the farthest west, hence the name."
Nama Andalas diberi oleh pedagang Arab kerana Sumatera merupakan negeri timur jauh dalam Dunia Islam, sempena nama Andalus yang terletak di hujung barat Dunia Islam.
***
Jadi maksud Andalas mungkin boleh disandarkan kepada Andalus?
Asal nama Andalus (Bahasa Arab) menjadi perbahasan, dan terdapat minimum 3 teori yang semuanya berasal dari Barat:
- Teori Vandal: Nama Andalusia atau Vandalusia secara tradisi dipercayai berasal daripada Vandal (puak Germanic yang menduduki sebahagian Iberia dari 409 ke 429).
- Teori Visigoth: Nama Andalus berasal daripada peniruan bunyi perkataan Gothic *Landahlauts yang bermaksud "tanah lot" di mana huruf "L" pada awal nama tidak disebut.
- Teori Atlantis: Andalus adalah peniruan bunyi perkataan Atlantis.
Tedi ingatkan Bahasa Jawa ke, Bahasa Melayu purba ke, tak pun bahasa Hindu, tapi rupa-rupanya asal dari Bahasa Arab juga, membuktikan kaum manusia ni semua bersaudara.
Pantun Andalas
Pantun | Sumber | Tema |
---|---|---|
Seri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang / Cinta |
Hari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Artikel Akhbar
Judul | Pengarang | Akhbar | Keluaran |
---|---|---|---|
Puteri Andalas dedah identiti | Azran Jaffar | Berita Minggu (Sastera dan Budaya) | 06.02.2005 |
Universitas Andalas gagal pertahan kejuaraan | Mohd. Azrone Sarabatin | Berita Harian | 11.01.2003 |
Gaya pena Puteri Andalas | Al-Abror Mohd. Yusuf | Metro Ahad | 17.03.2002 |
Rindu Semalam | Puteri Andalas | Metro Ahad | 13.01.2002 |
Sentuhan Kalbu | Puteri Andalas | Metro Ahad | 27.01.2002 |
Terpikatkan Daeng Norsiah kerana 'Sri Andalas' | Abdullah Hussain | Utusan Zaman | 28.12.1997 |
Cukup buat masa ni. Kalau ada sumber baru, Tedi akan kemaskini.
Mana la Master dengan Mommy ni, tak jemput Tedi balik sekolah lagi ni...
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.