Azeem Ibrahim: The Rohingya of Burma -- Betrayed by Aung San Sui Kyi
Sudah lama Tedi dan Master ikuti kisah kaum Muslim Rohingya di negara Burma atau nama barunya Myanmar.
Penderitaan mereka seolah-olah tidak mendapat pembelaan. Anehnya saudara2 mereka di Malaysia juga seolah-olah tidak terasa.
Sebelum ini kedengaran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu mengajak Parti Kebangsaan Melayu Bersatu Baru (UMNO) untuk sama2 memperjuangkan nasib kaum Rohingya di Parlimen Malaysia, dan Tedi masih menunggu khabar selanjutnya.
Selain itu percubaan Organization of Islamic Conference (OIC) untuk membuka markas di sana yang menyelia pembahagian bantuan juga ditolak oleh Burma. Betapa lekehnya OIC? Betapa kecewanya Tedi.
Paling mengecewakan apabila pemimpin Burma, Aung San Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan seolah-olah hanya berdiam diri!
Benarlah kata2 Martin Luther King, "Pada akhirnya, bukan kata-kata musuh yang kita ingati, tapi diamnya kawan-kawan kita."
Cuma, benarkah Aung San Suu Kyi kawan kaum Rohingya?
Jika Aung San Suu Kyi bukan kawan mereka, siapakah kawan kaum Rohingya?
Bacaan lain:
- Portal rasmi Parlimen Malaysia
- Wikipedia: Parliament of Malaysia
- Wikipedia: Parlimen Malaysia
- Bing.com: Video Parlimen Malaysia
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.