Pemberian nama 'Facebook' bukan sekadar suka-suka

Semua ibu bapa pasti mahukan anaknya menjadi orang yang berguna.
Selalunya anak-anak akan diberi nama dengan gelaran yang baik-baik supaya menjadi doa kepadanya. Lebih-lebih lagi jika si ibu bapa merupakan orang Islam.
 
Itulah juga yang bermain di fikiran penjaga 'Facebook' apabila mereka menamakan bayi mereka sempena gergasi rangkaian sosial itu.
 
"Terima kasih Facebook"
Hutang gambar: Richard Engel

Kisahnya

 

  • Rangkaian sosial seperti Facebook & Twitter memainkan peranan penting dalam kebangkitan rakyat Mesir menentang penindasan pemerintah. Medium ini digunakan untuk menganjurkan sebarang aktiviti/perhimpunan.
  • Pada bulan Januari, kerajaan Hosni Mubarak cuba menyekat rangkaian sosial dan juga telefon bimbit untuk menghalang penganjuran aktiviti2 yang menentang kerajaan, menunjukkan betapa gerunnya mereka kepada perkhidmatan2 itu.
  • Sebagai mengingati sumbangan itu seorang bayi Mesir dinamakan dengan nama 'Facebook'.

Komen Tedi

Tedi sangkakan pemberian nama itu dengan harapan anak mereka akan jadi popular dan kaya seperti Facebook, namun telahan Tedi itu ternyata silap. Tak sangka mereka menghargai Facebook sebagai wadah perjuangan dan lambang menentang kezaliman.
 


http://crave.cnet.co.uk/software/egyptian-baby-named-facebook-as-libya-attempts-to-block-the-internet-50002882/


20130601