Tedi: "Alah Mommy ni, nape nak kena bangun?"
Mommy: "Bangun, pegi sekolah!"
Tedi: "Sekolah cuti la Mommy!"
Marah la Tedi, sekolah cuti pun Mommy kejut pegi sekolah.
Mommy: "Aik, cuti apa pulak?"
Mommy ni, nak kena dengan Tedi ni. Tu la, perkembangan negara tak nak amik tahu.
Tedi: "Hari Guru la Mommy. Cikgu2 semua cuti sebab Hari Guru, sekolah mesti la cuti!"
Mommy: "Banyak cekadak kau, bangun cepat! Bila masanya Hari Guru cuti sekolah?"
Garangnya Mommy, Tedi cepat2 bangun.
Hari Buruh, orang kerja semua cuti.
Hari Guru, cikgu tak cuti ka?
Pelik la manusia ni.
zairul.com: SELAMAT HARI GURU – 16 MEI |
20130516
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.