Master kongsikan nasyid yang dia suka semasa waktu dia kecil
- Tajuknya "Buta Mata", namun Master tak ingat siapa yang nyanyikan.
- Kalau ikut Google & Bing.com, nasyid ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Nada Murni
- Yang ini versi dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid SaffOne dalam album "Di Syurga Menanti".
"Buta mata bukan bererti buta kesedaran" http://insanberdakwah.blogspot.com/2011/02/buta-mata-tapi-bukan-buta-kesedaran.html |
Lirik "Buta Mata" dan pemahaman Tedi
Buta mata, tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu?
Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri kerana jalan itu sudah biasa
- Pelik betul 3 rangkap di atas ni sebab ia mention "mata tidak buta" tapi ayat "melalui pengalaman diri kerana jalan itu sudah biasa" tu macam untuk orang buta?
- Setelah sekian lamanya, akhirnya Tedi faham bahawa walaupun buta, tak tahu mana nak tuju, tapi kita masih selamat sebab kita dah biasa dengan jalan yang dilalui & ada pengalaman semasa masih belum buta.
Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi bila buta hati, menderita
- Selain pengalaman diri melalui jalan biasa ketika masih celik, kita juga dibantu oleh tongkat & mana2 orang yang sudi membantu. Tapi kalau buta hati kita akan menderita, kenapa?
Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak dapat diukur dengan masa
Tiada kawan dapat membantu.
- Kerana bila buta hati, kita akan hidup dalam kesesatan, hanyut di dunia.
- "Tidak dapat diukur dengan masa" ni agaknya menceritakan alam akhirat (menjelaskan rangkap "negeri yang kekal abadi") di mana kita tak dapat nak bayangkan ukuran masanya.
- "Tiada kawan dapat membantu" sebabnya di akhirat kita tanggung diri sendiri, kecuali Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam yang akan beri syafaat (pertolongan) Baginda sollallahu a'alaihi wassalam jika kita ni adalah umat Baginda sollallahu a'laihi wassalam, bukan umat yang biasa2, tapi mereka yang kasihkan & ikut sunnah Baginda sollallahu a'laihi wassalam.
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman dapat menunjuk kita
Tiada ada yang simpati dengan kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka
- "Tiada pengalaman yang memastikannya" ini mungkin bermaksud kita tak tahu alam selepas mati. Kita tak tahu bagaimana nak survive di sana.
- Sudah tiada pedoman kerana ketika ini hanya ada penghakiman.
- Tiada siapa yang simpati sebab kita masuk neraka tu dengan pilihan kita.
Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti
- Apabila dah di alam akhirat, kita tak boleh kembali ke dunia.
- Masa itu menyesal pun tiada guna, maka kita kena sediakan bekalan daripada sekarang melalui amal ibadah kepada Allah subhanahu wa ta'ala, patuhi suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya.
Kiriman ini mula diterbitkan pada 20130529 berkenaan komentar Tedi tentang lagu Buta Mata.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.