Semalam terserempak dengan kedainya.

Hari ni Master & Mommy bawak pi Cendol Bakar @Dengkil.

Sebenarnya taknak pergi sana pun. Mula2 pusing Cyberjaya cari kedai jual minuman ala2 Cool Blog ataupun Coffee Beans tapi tak jumpa. StarBucks ada tapi Master tak minum benda alah tu.

Alih2 lalu lak Cendol Bakar @Dengkil ni, singgah la.

Kedai dia kedai makan biasa. Rasanya dulu kedai ni bukak malam2, hidup segan mati tak mahu. Kalau orang baru nampak, tengok kedai ni macam kedai tinggal je, hehe. Tapi ada banner dengan kaler kuning yang striking, mesti kawan2 nampak punya.

Beratur panjang, drive-thru pun ada gak... hehe...
Tapi drive-thru tu orang amik order la, bukannya ada mesin interkom. Lagi cepat drive-thru tapi Master kata tak berbaloi bazirkan minyak kereta.

Cendolnya ok la bagi Master. Ada rasa2 pahit sikit tak macam cendol biasa. Bagi Master, tak berbaloi la beratur lama2. Hehe.

Kedai ni tutup jam 7.00 malam.

Harga cendol ni kira murah gak la.

Gambar? Sok lusa kalau Tedi rajin Tedi upload. Tapi ramai tadi yang amik gambar, maka boleh la kot cari dalam www.

Rujukan:


19 Mei 2013