Wah, ini satu bacaan panjang yang sungguh baik pada pagi ni.

Ternyata persaingan Google dan Microsoft semakin sengit!

Kesian Microsoft, terpaksa bersaing dengan banyak pihak, sebelum ni Apple, sekarang Google pula. Lepas ni tak tahu la kompeni mana lak nak rebut keuntungan yang diperolehi Microsoft selama ini.

Camner Google nak saingi Microsoft Office?

Google sebelum ini cuba menyaingi Microsoft melalui Google Docs. Tapi kalau la kawan2 pernah cuba Google Docs ni, selalunya kita akan gunakan Microsoft Office jugak sebab Google Docs ni macam tak ngam dengan Microsotf Office nyer dokumen.

Kita perlukan apps yang  ngam dengan Microsoft Office sebab masih ramai lagi orang yang guna Microsoft Office, kan?


Jadi, Google beli la QuickOffice untuk mendapatkan teknologi mereka yang membolehkan Google Docs lebih ngam dengan Microsoft Office.

Inilah persaingan, membawa keuntungan kepada pengguna. Tidak mustahil suatu hari nanti Microsoft Office terpaksa sediakan perkhidmatan percuma kepada manusia.

Yuhuu... Tedi tunggu saat itu.

Alangkah baiknya kalau di Malaysia ni pun banyak persaingan, contohnya ASTRO. Kalau ASTRO ada saingan kuat, mesti dia kena bagi perkhidmatan bagus dengan harga murah.


20130519