Rupa-rupanya bukan Tedi sahaja yang terfikir mengenai pencabulan kebebasan peribadi jika Google Glass dilancarkan.

Betapa mudahnya nanti mengambil gambar dan merakam video menggunakan gajet cermin mata pintar Google Glass.

Bukankah nanti akan ada manusia yang menyalahgunakannya?

Video yang menceritakan kebimbangan ini telah diterbitkan dengan tajuk "Google Glass: do's and dont's" oleh Mashable.

Tetapi biasalah kan kita takkan boleh mengekang teknologi. Semua peralatan akan ada baik buruknya mengikut siapa yang menggunakannya. Pisau mengupas buah boleh sahaja digunakan untuk menikam orang lain.

20130518