Muka bermuram durja, tapi mata bersinar dek prospek kerjaya sebagai bintang filem. Grumpy Cat on the way! |
Grumpy Cat, ratu kucing muram Facebook, nampaknya sudah bersedia untuk mempunyai filem sendiri.
- Wah wah wah, nampaknya kawan Tedi, Grumpy Cat sang kucing muram bakal bergelar pelakon. Udahla jadi pelakon, filem tu mengenai dirinya sendiri.
- Pemenang anugerah 2013 Meme of the Year di Webby Awards itu khabarnya sedang diintai syarikat produksi Broken Road melalui projek yang disusun bersama pengurus2 beliau (siap ada pengurus2, sungguh otai!)
- Grumpy yang dipanggil Tardar Sauce oleh pemiliknya akan diberi kuasa bercakap ala-ala Garfield. (Tedi love Garfield si kucing gemuk!)
"Hanya bermula sebagai gambar kucing, namun anehnya ia mempunyai imej yang penuh jenaka." ~ Todd Garner daripada Broken Roda.
"Kami jangka akan dapat mencipta satu jenaka keluarga yang hebat di sekitar karekter ini."
- Tarikan Grumpy tak boleh dinafikan, dia punyai 930000 "likes" dalam Facebook, 120000 orang melanggan akaun YouTube-nya. Dinamakan sebagai kucing paling berpengaruh oleh MSNBC dan meme terpenting tahun ini oleh Mashable pada tahun 2012.
- Eleh, Tedi pun ada filem sendiri la, I'm Ted.
20130530
2 Ulasan
serius betul muka kucing ni.. nak senyum pun susah..
BalasPadamhaha, sebab tu jadi popular :) tapi ada ke kucing senyum?
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.