Satu kajian telah mengesahkan bahawa Sang Penguin telah menukarkan kemahirannya untuk terbang kepada berenang.
Penguin mempunyai bentuk badan yang cekap-tenaga di dalam air.
- Lebar sayap yang pendek mengurangkan kesan geseran.
- Tulang yang padat membantu mereka daripada mudah terapung.
- Badan mereka yang besar memudahkan mereka tenggelam lebih dalam & terlindung (daripada kesejukan & tekanan).
Jika burung akuatik lain menggunakan kaki-berselaput mereka untuk mendayung, Sang Penguin menggunakan sayap mereka. Penguin tak bernafas dalam air, Penguin Maharaja contohnya boleh menyelam sedalam 140-meter selama 20-minit dalam 1 nafas.
Keluarga Penguin Maharaja (Emperror Penguin) |
Love Hijau: Mengira Maharaja Penguin melalui satelit. |
Sayap pendek dan berat tambahan menyukarkan mereka berlepas ke udara.
Maka para penyelidik percaya bahawa pada suatu masa dalam evolusi hidup Sang Penguin, kelebihan untuk berenang pada diri mereka menyebabkan terbang adalah pilihan yang tidak menguntungkan, menjadikan mereka tak nak terbang.
Pendapat Tedi
Teori evolusi ni sesuatu yang susah Tedi nak cakap tapi Tedi suka dengan kajian mereka yang melibatkan teori evolusi ni.
Mungkin Sang Penguin tu sebenarnya memang diciptakan untuk berenang sahaja & burung Murres yang hampir serupa dengannya itu memang diciptakan untuk berenang & terbang.
Apa-apa pun, bacaan yang sungguh menarik.
Apa-apa pun, bacaan yang sungguh menarik.
Bacaan lain:
22 Mei 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.