Salah satu berita yang menarik perhatian Tedi pada pagi ini adalah isu kesesakan di Phileo Damansara.

Ini adalah kerana kesesakan jalan akan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar melalui pembebasan karbon monoksida ke udara.

Seorang pakar alam sekitar menyalahkan kesilapan dalam perancangan bandar menyumbang kepada kesesakan itu.

Tapi apa yang Tedi perasan, kesesakan itu disumbang oleh keegoan manusia yang meletakkan kereta sesuka hati, tanpa fikirkan kesusahan pihak lain, nak senang sendiri ajer.

Itulah manusia.

20130519


Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)