Tadi Tedi sempat melawat Tetot di kelas beliau.
Beliau kelihatan merungut seekor diri.
Kisahnya Tetot ni merupakan ketua kelas beliau. Tradisi ketua kelas adalah untuk mengunci pintu kelas sebaik saja tamat sesi persekolahan.
Selain itu kelas Tetot ni dikongsi oleh sebuah persatuan. Tapi pintu masuk adalah berbeza dan 2 set kunci berbeza digunakan. Tetot hanya boleh buka Pintu A manakala ketua persatuan itu hanya boleh buka Pintu B.
Apa yang mendukacitakan ahli2 persatuan ni selalu masuk jer ke kelas tersebut tanpa bagi salam dan kemudian dengan selamba melepak di belakang kelas.
Mereka tak minta izin dan tak tanya pun sama ada Tetot dah nak balik atau belum.
Itu yang buat Tetot naik angin.
Suatu petang, Tetot kunci je kelas tu. Terkulat-kulat lah ahli persatuan tersebut dalam kelas tu. Terpaksalah mereka tunggu ketua mereka datang buka pintu kelas.
Erm, ganas jugak Tetot ni walaupun selalu senyum je kejenya.
Tapi apa nak kata? Lain kali minta izin dulu sebelum masuk.
Adakah Tetot biadab atau ahli persatuan itu yang biadab?
Minion berpesan kepada Tetot bahawa berlaku biadab itu mudah, ia adalah petanda kepada kelemahan diri dan perasaan tidak selamat atau terancam.
Manakala beradab pula adalah simbol kepada disiplin diri.
Menghadapi mereka yang biadab bukanlah satu perkara mudah apatah lagi untuk berbuat baik kepada mereka. Kekadang kita rasa nak biadab sahaja dengan mereka yang biadab barulah mereka rasa apa rasanya apabila dibiadabi oleh orang lain.
Namun hanya ketahanan diri dapat menahan kita dari berlaku biadab.
3 Mei 2013Sebab itulah Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam pernah berpesan "Orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menahan perasaan marahnya."
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.