Semalam Tedi tonton Leverage siri finale di saluran 701. Sangat best cerita tu.
Leverage bermaksud kekuatan atau daya pengumpilan, penyungkitan.
Dalam bidang kewangan pula leverage bermaksud meminjam wang untuk tujuan pelaburan dengan harapan keuntungan diperolehi adalah melebihi kos pinjaman.
Definisi Bahasa Inggeris untuk perkataan leverage ialah menggunakan sesuatu sehingga ke tahap terbaik.
Drama Leverage pula tertumpu kepada bagaimana sepasukan manusia dengan kemahiran masing-masing menjalankan muslihat untuk membalas sesuatu kerugian yang dialami oleh seseorang mangsa yang mengadu kepada mereka. Jadi bagi Tedi, leverage di sini bermaksud untuk menemukan buku dengan ruas, si penipu akan ditipu, si pemangsa akan dijadikan mangsa.
Tapi sedihnya Master kata itu episod akhir daripada siri terakhir.
Tedi sangat-sangat berharap dakwaan Master itu adalah pembohongan semata-mata dan Tedi harap siri Leverage ni bakal disambung lagi.
Tedi tahu Master pun berharap sebegitu.
Dalam episod semalam, Nate dan Sophie dah umumkan untuk bersara selepas mencuri Black Book. Elliot nampaknya dilantik sebagai ketua. Pada penghujung episod ketiga-tiga Elliot, Parker dan Hardison sedang berbual dengan client baru.
Tedi rasa siri ini akan disambung, cuma mungkin barisan pelakon akan dirombak. Tedi tahu bukan mudah untuk mengolah cerita penuh muslihat sebegini. Jika terlalu mudah akan buatkan orang meluat, jika terlalu berat akan membuatkan penonton tension sedangkan penonton nak berehat tonton televisyen.
Melalui Leverage, Tedi dah ketahui macam-macam komplot orang-orang kaya membaham harta orang-orang miskin.
Adakah perkara yang sama berlaku di Malaysia?
20130507
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.