Wow setelah 8 tahun 5 hari nampaknya kiriman di bawah ini tampak tidak relevan. Tengok sahajalah apa isinya setelah 8 tahun 5 hari, langsung tiada perkembangan!

Ternyata Tedi tidak miliki kerajinan untuk rekod semua sejarah perjalanan kami.

Tetapi apakah sebab Master meminta Tedi rekodkan sejarah perjalanan kami ke Kuala Lumpur khususnya ke Kampung Kerinchi a.k.a Bangsar South pada masa itu?

Panduan Navigasi

Ia adalah kerana untuk mengetahui masa yang sesuai untuk kami memulakan perjalanan dan meredah kesesakan lalu lintas di bandaraya Kuala Lumpur atau Lembah Kelang. Juga untuk kami analisa jalan mana yang lebih sesuai untuk dilalui. Jalan mana yang lebih cepat sampai. Jalan mana yang kurang sesak.

Namun pada masa kini, semua itu boleh diketahui menggunakan aplikasi telefon pintar tentunya menggunakan aplikasi seperti Google Map atau Waze. Mungkin ada lagi aplikasi navigasi yang lain tetapi kami tidak pernah menggunakannya.

Nampaknya jika dulu manusia menggunakan pengalaman sendiri untuk membuat keputusan, kini manusia bergantung kepada laporan yang disediakan oleh sistem komputer menggunakan data-data yang dikutip daripada umat manusia menggunakan gajet seperti telefon pintar.

Masa telah berubah, dan kiriman ini juga perlu berubah untuk kekal sesuai dan dapat difahami tujuannya pada masa depan. Boleh sahaja ia dipadam tetapi kami akan kehilangan sesuatu kenangan yang mungkin takkan dapat diimbau kembali.

20210528

Sejarah Perjalanan

Selain menjadi panduan navigasi catatan di bawah ini juga kononnya akan menjadi catatan sejarah (jika benar-benar dicatatkan), namun sama juga tugas itu kini dilaksanakan secara automatik melalui fungsi Timeline yang disediakan oleh Google Map. Mungkin ada sahaja aplikasi lain tetapi bagi pengguna Android, tugas ini dilaksanakan oleh Google.

Semua sejarah perjalanan kita dicatat di dalam sana asalkan kita berikan kebenaran. Selain itu sejarah perjalanan kita juga dirakam dalam gambar-gambar yang diambil menggunakan gajet seperti telefon pintar kerana di situ ada catatan lokasi menggunakan GPS.

Nampaknya kita tak perlu menulis semua itu dalam diari lagi. Jika anda mahu sejarah anda dirakam, tangkap sahaja gambar.

20210528

Post ni untuk Master yang minta Tedi log dia punya purata travelling time

NPE Pantai Dalam - Bangsar - Jalan Gasing (8 km)
09:00 - 09:30 : 25 minit
09:30 - 10:00 : 10 minit

Kesesakan di susur masuk Mont Kiara hala Jalan Duta
09:00 - 09:30 : 6 minit
09:30 - 10:00 : N/A

20130521