Sana sini Tedi dengar manusia duk mengeluh cuaca panas.


Nah, sekarang terbukti yang manusia sendiri buat dunia ni jadi panas.
Survey mengatakan 97% kertas mengenai kajian cuaca setuju pemanasan dunia akibat daripada perbuatan manusia.

Bukan Tedi yang cakap tau! Manusia sendiri yang cakap. Jangan tuduh Tedi ni racist lak.

Manusia memang tak pernah berubah, hanya pentingkan diri. Masa kami kaum haiwan ni kepanasan, manusia sibuk nak duduk dalam air-con. Korang sejuk la. Kami? Kami yang terpaksa berpanasan!

Manusia sibuk bina bangunan guna kaca. Konon nak bagi cantik. Korang tak perasan ke kaca tu pantulkan sinaran matahari? Padan muka ada pelanggan hotel di Las Vegas terbakar kerana cahaya matahari!

Akhirnya manusia rasakan sendiri!
Pengunjung hotel Vdara di Las Vegas melecur kerana pantulan cahaya.
Manusia sibuk nak naik kenderaan berenjin petrol atau diesel. Pergi kedai depan rumah pun nak naik kenderaan tu. Kesannya, pelepasan asap kenderaan korang tu memanaskan kami!

Manusia sibuk tebang hutan sana-sini. Pastu taknak tanam semula. Kurang2 buat la taman. Korang juga yang untung. Tapi korang terlampau cerdik, taman pun takleh minta dari kerajaan korang.

Sungai. Takyah kata la. Berapa % sungai di Malaysia ni yang masih ok? Tak tahu? Pergi la ambil tahu.

Tengok saja la di Malaysia ni masa nak ngundi hari tu. Ada manusia sibuk pasal penjagaan alam sekitar?
Itu baru pasal alam sekitar, belum lagi pasal kematian beramai-ramai Sang Gajah Pygmy di Borneo yang dikhuatiri diracun!

Manusia ni tak kesian ke dengan anak Sang Gajah Pygmy ni?
Tengok dia duk kejut mak dia. Apa la nasib dia lepas ni?

Entah apa-apa la manusia ni. Akal dah ada. Kuasa dah diberi. Tapi taknak tolong pelihara kawan2 Tedi tu.

Pasal pemanasan global ni, alhamdulillah, Allah terbukti Maha Bijaksana. Buktinya? Tengok la Kutub Utara dan Kutub Selatan tu apa ada? Ais.
Ais yang bila semakin panas dunia ni, akan mencair. Ia seimbangkan cuaca dunia ni, cuma paras laut naik la sedikit demi sedikit.

Kalau Kutub Utara & Kutub Selatan tu bukan ais? Dah lama agaknya dunia ni tandus.

Tulisan kali ni serius, sebab Tedi nak praktis untuk pilihanraya... lagi 5 tahun.

"Selamatkan kaum haiwan daripada kebodohan manusia."
20130517