Pakar dari kaum manusia telah mencadangkan agar Badak Sumatera dari Borneo dipindahkan (dihalau) ke Sumatera.

Badak Sumatera adalah badak dengan 2 tanduk, lebih glamer dengan nama Badak Sumbu di Malaysia. Sampai sekarang Tedi tak faham kenapa "sumbu"?

Gambar seekor Badak Sumatera atau Badak Sumbu
Gambar seekor Badak Sumatera (Badak Sumbu).

Cadangan ini dibuat kononnya atas dasar populasi Badak Sumatera semakin merosot, dikatakan hanya 100 ekor sahaja yang masih wujud di muka bumi ini.

Sudah tentulah cadangan ini menjadi perbahasan hebat di kalangan manusia.

Ketika Tedi menghubungi presiden pertubuhan Badak Sumatera cawangan Borneo, beliau memaklumkan terkejut dengan berita tersebut kerana tidak dimaklumkan mengenainya oleh mana2 pihak dari kaum manusia.

Beliau berkata lagi, "Ini mungkin salah satu usaha pihak tertentu untuk menghalau Badak Sumatera kelahiran Borneo dari bumi Malaysia ini. Langkah ini tidak wajar sama sekali memandangkan Borneo adalah tempat lahir kami!"

Ketika itu preseiden pertubuhan Badak Sumatera cawangan Sumatera pula berkata, "Ini salah satu usaha pihak manusia untuk merampas kerajaan kami di Borneo. Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian. Kehadiran mereka akan menyesakkan kawasan kami ini dan boleh mencetuskan pergaduhan sesama sendiri. Ini adalah agenda untuk memecah-belahkan kami."

Peta taburan populasi Badak Sumatera
Sila ke begawanariyanta.wordpress.com untuk maklumat lanjut, Tedi bukan pakar Badak Sumatera... alhamdulillah, ada juga manusia yang pedulikan kemaslahatan kawan2 Tedi ni. Bukan senang untuk Tedi jumpa manusia macam ni.

Pada pandangan peribadi Tedi, langkah ini mungkin wajar, namun adakah ia menjamin peningkatan populasi Badak Sumatera di dunia? Persoalan utama ialah bagaimana Badak Sumatera boleh kepupusan? Adakah terdapat penghapusan etnik secara terancang oleh pihak manusia?

Tedi cuba menghubungi presiden Perkasa, namun beliau masih tidak dapat dijejaki.

Fikir-fikirkan dan selamat bersatu!
Bersatu haiwan teguh. Bercerai haiwan kena bunuh!

Try check konspirasi kaum manusia ini:

Mari kenali kawan kita:

Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 17 Mei 2013