Bila entah Tedi dengar radio.

DJ tu kata "jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar" maksudnya jangan marahkan orang lain, orang lain jadi mangsa.

Apa kes? Tedi dengan tak puas hati segera menjalankan RnD. 

Keputusannya, sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa_Melayu :

Kalau kawan-kawan tak tahu, inilah rupa kelambu.
"Marahkan nyamuk, kelambu dibakar"
Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh.

 Tedi dah agak dah, tak betul DJ tu. Suka2 jer nak ubah maksud peribahasa.

Untuk membuktikan kebenaran Tedi, kita tanya Master.

Jawapan Master melalui email sebentar tadi:

"Jangan ikut emosi apabila menangani sesuatu masalah sehinggakan perkara yang kecil menjadi satu masalah lain yang lebih besar seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar."

Tapi terima kasih kepada DJ tu sebab kongsi sesuatu yang menarik iaitu peribahasa Tamil yang berbunyi, "Marahkan tikus, rumah dibakar."

Sinonim nyamuk dan kelambu?

  • Ada pula kawan yang bertanya, apakah kaitannya nyamuk dan kelambu?
  • Tedi rasa nak bagi penampar saja, tapi kita kenalah faham tak semua orang punyai ilmu seperti kita. Kadangkala apa yang dia tahu, kita tiada ilmu tentangnya.
  • Kelambu adalah satu peralatan yang kita gunakan untuk menjauhkan diri kita daripada serangan nyamuk. Selain itu ia juga membantu jika kita perlukan ruang peribadi dalam satu ruang yang dikongsi.
  • Jadi kita boleh kata bahawa kelambu digunakan untuk melawan nyamuk.
  • Tetapi nyamuk masih boleh masuk ke dalam kelambu jika kita tidak pasang dengan betul. Jadi janganlah kita mengamuk jika ada nyamuk terlepas dan kemudian menggigit kita lalu kita meroyan membakar kelambu kerana marah atau kecewa kerana kelambu gagal menjalankan tugasnya.
  • Kelambu selalunya adalah kain nipis yang menghadang pandangan dan elakkan serangan nyamuk tapi masih membenarkan pengudaraan berlaku.
maksud peribahasa marahkan nyamuk kelambu dibakar, peribahasa nyamuk dan kelambu, kerana nyamuk kelambu dibakar, maksud marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan nyamuk kelambu dibakar maksud. 15 Mei 2013 18:39