Tadi Tedi tengok gambar-gambar yang ditangkap menggunakan Kanta Mata Ikan.

Apa benda tu? Kawan-kawan mungkin boleh cari sendiri maksudnya kerana Tedi pun tidak pakar untuk menjelaskannya.

Kita tengok dan baca mengenai koleksi gambar di bawah mungkin dapat menjelaskan perspektif mata ikan tersebut.

Ini adalah koleksi unik oleh jurugambar Randy Scott Slavin melalui 1 projek yang dinamakan "Alternative Perspectives". Ada beratus-ratus gambar yang beliau ambil untuk projek tersebut, ini sebahagiannya.

Gambar bangunan Empire State meggunakan kanta mata ikan
Bangunan Empire State di New York

Melalui gambar ini kita dapat tengok bahawa teknik ni digunakan untuk mendapatkan gambar panorama dan kelihatannya macam 360 darjah sudut pandangan dirakam oleh kanta mata ikan ni. Selalunya kita gunakan wideview je untuk rakamkan gambar lebih lebar, tapi kanta yang ini macam melampau sangat la pula.

Gambar Battery Park di New York dengan sudut 360 darjah
Battery Park, New York

...

Gambar pemandangan 360 darjah Jeti di Westport, Connecticut.
Jeti di Westport, Connecticut.

Kadangkala gambar tu kelihatan sungguh seperti dalam cerita dongeng.

gambar pemandangan 360 darjah Big Sur, California
Big Sur, California

...

Tedi tidak menggemari wideview terutama yang sangat ketara menghasilkan lengkungan pada gambar, tetapi untuk projek ini Tedi dapat menerimanya dengan baik kerana ia benar-benar memberikan kita perspektif alternatif.

gambar pemandangan 360 darjah The Everglades, Florida
The Everglades, Florida

 


Kiriman ini telah diterbitkan pada 20130510.