Terkejut Tedi awal pagi tadi.
Tedi nak mimpi indah2 jer... mimpi ngeri Tedi tak suka. http://www.desiglitters.com/glitters/bear/page/8/ |
Ceritanya (mimpi Tedi tu la) begini.
Tedi berjalan2 di suatu tempat. Tempat itu sesak dengan kaum manusia.
Mereka berpakaian colorful hijau merah. Mereka kelihatan sangat gembira.
Mereka bersorak riang gembira, sungguh riuh-rendah suasana di situ.
"Apa yang mereka sorakkan?", terdetik persoalan di hati Tedi.
Puas Tedi cuba fahamkan.
Tedi pun dengan susah-payah merempuh lautan manusia itu.
Hampir kelemasan Tedi dibuatnya, apabila terpaksa menyedut bau badan mereka.
Usaha gigih takkan kenal erti jerih. Tedi berjaya sampai di hadapan.
"Alamak, ada tembok la pulak!", gerutu Tedi setelah melihat halangan seterusnya iaitu tembok setinggi 1 meter.
Tedi panjat. Sungguh susah. Benarlah perjuangan itu tidak mudah!
Akhirnya Tedi berjaya. Lihatlah dunia!!! Tedi berjaya!!!
Tedi pandang ke hadapan, Tedi nampak pasukan kebanggan Tedi, Harimau Malaya sedang beraksi.
Tedi senyum. Kemudian seorang pemain berjersi hijau merah berlari pantas dengan bola di kakinya, menuju gawang gol Malaysia.
Gol... Malaysia 0 - 9 Bangladesh.
Malaysia 0 - 9 Bangladesh? Takde kaki ker??? http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com/2012/11/keputusan-perlawanan-malaysia-vs.html |
Apa???
Tedi terus terjaga. Sungguh ngeri mimpi itu.
Semoga ia takkan pernah menjadi kenyataan!
http://www.ebay.com/itm/Cute-Soccer-Ball-Kicking-Playing-Teddy-Bear-White-T-Shirt-SALE-/200658081266 |
Tapi Master pernah pesan, mimpi buruk jangan cerita kat orang.
9 Mei 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.