Dream Chaser atau nama dalam Bahasa Melayu boleh disebut sebagai Pengejar Mimpi atau Pengejar Impian adalah sebuah kapal angkasa yang direka NASA untuk boleh digunakan banyak kali. Bukan sekali sahaja seperti sebelum ini.
NASA (National Aeronautics and Space Administration) adalah satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang terlibat dalam bidang berkaitan angkasa lepas.
Oleh sebab itu kapal angkasa Dream Chaser ini direka untuk mendarat di atas landasan seperti kapal terbang biasa. Selalunya kita tengok kapal angkasa ini akan terjun masuk laut setelah masuk ke orbit bumi kan?
Tedi pun tengok dalam filem atau drama fiksyen sahaja. Hihihi.
Sekali imbas Tedi tengok kapal angkasa Dream Chaser ini nampak seperti rupa seekor itik atau mungkin boleh sahaja Tedi katakan nampak rupa Donald Duck di situ.
Dream Chaser direka untuk mendarat di atas landasan, bukannya menggunakan payung terjun sebaik sahaja memasuki orbit dari angkasa lepas. |
Kapal angkasa Dream Chaser ni menggunakan roket untuk berlepas ke angkasa lepas.
Dream Chaser ketika berlepas menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance. |
Bacaan lanjut:
- Dream Chaser Readies, Gets Set For Flight Testing
- Bolden meets Dream Chaser ETA ahead of her Dryden tests
- Top NASA Official Visits California as "Dream Chaser" Tests Begin
- As a planet hunter falters, a new spacecraft takes flight
20130523
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.