Duk anggap bumi Malaysia ni harta benda diorang sehingga mengabaikan kemaslahatan kaum haiwan.
Tidakkah mereka sedar mereka berkongsi bumi ini dengan haiwan2 yang telah lama mendudukinya?
Bulan ini sahaja, Tetot memaklumkan Tedi mengenai amukan Sang Gajah di seluruh Malaysia. Berita mengenai Sang Gajah ini juga boleh dibaca di akhbar melalui tajuk2 seperti:
- Kuantan: Dua jam pindah gajah liar
- Kota Tinggi: Gajah ceroboh kebun penduduk.
- Kuantan: Perhilitan tunggu masa sesuai tangkap gajah
Tapi kaum manusia pendatang ini datang ke bumi ini & kini claim Malaysia ini mereka yang punya?
Kami beri amaran kepada manusia. Bertolak-ansur dengan kami atau terima padahnya! Pelihara alam sekitar supaya kaum haiwan seperti Sang Gajah dapat hidup aman.
Dua ekor gajah Rambai (kiri) dan Kala (kanan) menunjukkan kepada manusia bagaimana mereka boleh hidup dengan manusia dalam keadaan aman jika manusia bertolak-ansur dengan mereka. Dalam gambar ini mereka membantu mengiringi seekor teman mereka setelah Perhilitan meminta bantuan mereka. Kuantan: 2 jam pindah gajah liar. |
Menteri Kewangan dan semua manusia di Malaysia perlu fikir macam mana untuk sediakan belanjawan mencukupi bagi perbelanjaan pemeliharaan alam & kaum haiwan di Malaysia. PM Najib Razak juga perlu lebih pro-aktif & menggunakan seluruh tenaga beliau untuk menjaga kemaslahatan kaum haiwan di Malaysia.
Manusia ada akal kan? Sila gunakan dengan bijaksana.
Cuba baca artikel ini dan jadikan panduan: "Understand their behaviour".
20130527
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.