Sebab ada orang tanya, maka Tedi buat la peta ni. Sorry la peta tak canggih. Tapi jangan risau kerana Tedi ada sertakan peta dan Street View di hujung kiriman ini.

Siapa tahu Jalan Pintasan Dengkil yang orang dari Putrajaya/Cyberjaya guna untuk ke LCCT/KLIA mesti tau 1 traffic light di Dengkil yang selalu sesak dengan kenderaan tu.

Master pesan, kalau dari Putrajaya/Cyber, jangan masuk dengkil tapi hala ke Bandar Baru Salak Tinggi, straight jer daripada Putrajaya/Cyber, takde masuk mana2 simpang.

Cendol Bakar ni selepas traffic light tu jika dari Putrajaya/Cyber. Nama lamanya semasa Tedi mula-mula hantar kiriman ini ialah Cendol Bakar @ Dengkil, namun pada masa ini (Mei 2019) namanya ialah Cendol Bakar Auntie Sue. Selalunya jika ada penukaran nama sebegini ia bermakna ia menumpang sesuatu jenama yang terkenal, dan kemudian ditukar mungkin kerana ada sesuatu konflik atau dikecam.

Landmark terdekat ialah pekan Dengkil sendiri dan juga Kota Warisan.

Ni zoom dekat.

Gambar ke Cendol Bakar @ Dengkil
 

Zoom jauh lak

 
Gambar peta ke Cendol Bakar @ Dengkil
 

Tak pun cuba guna location di bawah post ni.

Selamat mencuba, kalau tak jumpa, jangan marahkan Tedi tau. Sekian, terima kasih.

Kiriman pertama: May 19, 2013.