Titan adalah bulan kepada planet Zuhal (Saturn).
Peta ini dihasilkan oleh sekumpulan saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) menggunakan kapal angkasa Cassini melalui ukuran radar.Fakta mengenai Titan:
- Bulan terbesar kepada Planet Zuhal (Saturn).
- Satu2nya bulan yang mempunyai atmosfera tebal dalam Sistem Solar.
- Salah satu tempat menarik & aktif dalam Sistem Solar.
- Mempunyai proses geologi & hidrologi seperti Bumi.
- Mempunyai sistem cuaca kompleks.
- Permukaan topografinya rata dengan kawasan tertinggi hanya setinggi 2.5 KM. Dibandingkan dengan Gunung Everst di Bumi setinggi 4.6 KM.
- Kerak Titan & geografi Titan terbina daripada komposisi ais. Mungkin penyebab gunung tinggi tidak terbentuk kerana tak kuat.
- Hujan di Titan tediri daripada komposisi cecair hidrokarbon.
- Titan membonjol di tengah menyebabkan sungai2 menghala ke kutub2.
- Hemisfera selatan Titan merupakan besin kering, dipercayai lautan pada ribuan tahun lalu. (Tedi tengok macam hemisfera utara yang merupakan bekas lautan.)
- Kebanyakan laut & tasik berada di hemisfera utara. (Tedi tengok peta tu macam laut & tasik ada banyak di hemisfera selatan)
- Titan juga mempunyai gurun.
- Permukaan Titan yang menghadap Planet Zuhal (Saturn) adalah tetap (permukaan yang sama sentiasa menghadap planet Zuhal).
Bacaan lanjut:
20130523
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.