Nyamuk adalah di antara haiwan special kerana nama beliau disebut dalam al-Quran oleh Allah subhanahu wa ta'ala sebagai bala tentera-Nya dan juga sebagai "ejekan" atau cabaran kepada umat manusia yang sombong angkuh untuk cipta sesuatu seperti nyamuk.
Maka umat manusia sepatutnya kaji apa yang ada pada nyamuk sehingga Allah subhanahu wa ta'ala menggunakan beliau untuk mencabar mereka.
Itu cerita lain.
Sekarang cerita pasal teknik menghalau nyamuk.
Benarlah ada macam2 produk moden di pasaran untuk membasmi nyamuk tapi kadang2 ada di kalangan manusia yang takleh tahan dengan bau produk2 itu. Lagipun dikhuatiri bukan sahaja memudaratkan sang nyamuk, tapi kesihatan manusia juga.
Kaedahnya?
- Ambil daun limau purut atau limau kasturi asalkan bukan limau mandarin (tak tau la boleh guna tak?).
- Lumatkan mereka dengan seadanya.
- Masukkan dalam piring (atau apa2 bekas yang sesuai).
- Letakkan di tempat2 strategik (tempat gelap yang digemari nyamuk) selalunya seperti dalam alamari baju & bawah katil.
- Biasanya tahan dalam 2-3 hari.
Cubalah. Itu petua yang Master gunakan semasa sekolah dulu.
Selain nyamuk tak datang, bilik juga berbau harum. Tidur pun akan dikunjungi mimpi2 manis seperti mimpi makan tomyam di angkasa lepas.
Kalau malas nak praktikkan petua itu, rasanya dah ada produk menggunakan bahan2 semulajadi seperti serai di pasaran.
Master kata dia ada nampak di Mydin Mall USJ di bahagian produk tempatan.
http://www.mydin.com.my/mydin/mydin-wholesale-hypermarket-subang-jaya |
14 Ulasan
Waa.
BalasPadamini bgus nie..
gud info...Kulit limau bali ok gak...tapi ssh nak dpt...
BalasPadamhehe, boleh dicuba.. memang bilik bau wangi... org kata serai pun nyamuk x suka..
BalasPadamterima kasih atas info di atas..
BalasPadamnanti nak try gak lah..
walaupun duduk tingkat 15, nyamuk banyak jugak
pandai pulak nyamuk tu naik lift....
Padamowh, nyamuk dia tak "memanjat" dengan cara menaik, tapi dia akan ikut manusia dalam jarak tertentu. jika manusia tu naik lif, maka dia pun naik lif..
PadamKak Annaz Mohd: Tingkat 15 boleh cuba juga, tapi cabarannya nak cari daun limau tu.. hehe..
BalasPadamtk atas petua tu. belakang rumah banyak daun limau purut, lepas ni boleh ambil dan buat.......
BalasPadamcuba try test tengok... hehehe
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSelamat datang ke (New-World Immortal Vampire Empire). Adakah anda ingin menjadi vampir Immortal, masih dalam bentuk manusia, mempunyai otak berbakat beralih kepada seorang vampir dalam postur yang baik dalam masa sepuluh minit untuk manusia sekali lagi, tanpa melambatkan postur manusia yang baik. Sebuah dunia vampire Immortal Empayar di mana kehidupan menjadi lebih mudah, kami telah membuat ramai orang vampire dan telah menjadikan mereka kaya, anda akan memastikan umur panjang dan kemakmuran, anda akan menjadi sangat sensitif terhadap kewaspadaan mental, lebih kuat dan juga sangat pantas, anda tidak akan terhad untuk berjalan di waktu malam sahaja walaupun di tengah-tengah cahaya siang hari anda akan berjalan, ini adalah peluang untuk mempunyai virus vampire manusia yang abadi untuk melaksanakan dalam postur yang baik. jika anda berminat hubungi kami di immortal.vampires666@gmail.com
BalasPadamgila apa nak jadi vampire, jadi pochong aja sudahlah...
PadamBolehlah cuba try buat nanti.
BalasPadamcuba jangan tak cuba
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.