Bukan semua tol perlu dimansuhkan, tapi tol dalam bandar itu memang sungguh tak logik!
(Sebenarnya bila difikirkan, logik juga, kalau Tedi fikir sebagai bos konsesi tol la.)
Susah orang nak pergi kerja, nak shopping, kadang2 nak u-turn pun kena dah 2 tol!
Cuba Dato' Seri Najib baca petikan akhbar di bawah berkenaan pemansuhan tol yang diperjuangkan oleh hulubalang2 UMNO & BN sendiri. Ini membuktikan orang bawahan Dato' Seri memahami permasalahan rakyat.
Malangnya siapakah yang menghalang Dato' Seri daripada menerima maklumat yang betul?
Adakah mereka di sekeliling Dato' Seri merupakan pemimpin yang bersih, cekap & amanah? Atau mereka hanya mementingkan perut buncit masing2?
Dato' Seri jangan risau, perut Tedi pun buncit juga, tapi Tedi tak buncit sekor2, Tedi ajak kawan2 sekali.
- Sinar Harian, 02 Dis 2011: UMNO Selangor minta mansuhkan tol Batu Tiga
- Sinar Harian, 12 Mei 2012: UMNO Shah Alam desak hapus tol Batu Tiga & Sungai Rasau.
- Sinar Harian, 05 Ogo 2012: BN Petaling Jaya Selatan janji mansuh tol jika menangi Selangor.
Tedi fikir baik Dato' Seri jejaki semula hulubalang2 yang gagah berani itu, mana tau mereka telah lama dicampak ke dalam gaung oleh pembesar2 yang khianat!
Kita tidak mahu Hang Tuah difitnah lagi! Perlukah muncul kembali Hang Jebat untuk menentang kezaliman sedangkan Dato' Seri sendiri boleh membetulkannya?
Sejarah Melaka sering memberitakan, Melaka & kerajaan Melayu berulangkali dikhianati oleh pemimpin yang salahgunakan kuasa. Mengapa para pemimpin sanggup khianati kaum sendiri, tidaklah Tedi mengerti.
Dato' Seri, Tedi selama ini percaya bahawa rosaknya pemimpin kerana mereka di sekelilingnya, maka Tedi meminta agar Dato' Seri berhati-hati.
Namun sebagai pemimpin, Dato' Seri mempunyai super power walaupun tak sehebat Superman sekurang2nya bolehla jadi macam Batman, memperbaiki segala secara rahsia, naikkan hulubalang yang betul tanpa memandang siapa mereka asalkan mereka ada skill yang betul sepertimana bendahara mengambil 5 budak kampung berkhidmat dengan Istana kerana bakat mereka.
Dan tolong jadi Batman yang turun ke bawah pada waktu malam dengan memakai topeng untuk berborak-borak dengan rakyat jelata. Kalau Dato' Seri tak suka Batman sebab kalaer hitam tak sesuai dengan Dato', jadi Robin pun ok la, boleh pakai uniform color-blocking, pink-hijau. Tapi tolong jangan jadi Iron Man sebab Tedi suka dia!
Bangkitlah Dato' Seri! Takkan Melayu hilang di dunia (walaupun nak cakap guna Bahasa Melayu pun terkial2).
Kalau taknak bangkit jugak, terpaksala tukar slogan, "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!"
Sekian, "Hapuslah tol untuk negara."
Yang benar (kalau ada tipu, sila tegur),
Tedi yang comel.
20130523
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.