Rakyat Terengganu tidak perlu salahkan Kerajaan Negeri kerana rakyat Terengganu menzalimi kerajaan BN

Hutang gambar: @effahnadhirah
"Rakyat Terengganu tidak perlu menyalahkan Kerajaan Negeri sekiranya masih bertegas untuk tidak mewujudkan Pegawai Pembangunan Parlimen dan Dun khususnya di kawasan BN kalah pada PRU13. Keputusan ini bukan kerajaan menzalimi rakyat tetapi rakyat menzalimi kerajaan BN" ~ Ketua UMNO Cawangan Dalam Dun Batu Buruk, Muhd Supian Muhamad.

 Komen Tedi

  • Akhirnya rakyat juga yang salah, bodoh, & zalim. Belum lagi keluar ayat rakyat (Melayu) manja perlukan tongkat, rakyat bersubsidi dan macam2 lagi.
  • Sebelum pilihanraya Tedi baca ayat masing2 bukan main lembut lagi, tapi bila dah menang seolah-olah nak kata rakyat boleh jahanam.
  • Mentaliti sebegini Tedi tak nampak ada nawaitu untuk membantu rakyat.
  • Tedi menunggu di kalangan hulubalang UMNO siapa yang berani bangkit bersuara untuk rakyat? Cukupkah dengan Khairy Jamalluddin yang nampaknya dah mula open-minded atau juga Saifuddin Abdullah yang dari dulu membuktikan dia UMNO, bukannya UM-YES.
  • Sesiapa yang berjuang untuk rakyat akan lantang bersuara, sebaliknya siapa yang memelihara temboloknya sendiri akan duduk seperti anjing, dipanggil ia menjelir lidah, tak dihirau pun ia menjelir-jelir lidah.
  • Cuba la Terengganu tu majoriti bukan Melayu, pastinya mereka akan membodek berikan kemudahan itu ini, tapi dengan bangsa sendiri, masih berbusuk hati. 
  • Siapa lagi nak bangunkan Terengganu yang majoriti Melayu kalau bukan orang Melayu? Sepatutnya Terengganu maju dek bayaran royalti yang kononnya berbillion tu.
  • Ingatlah wahai pemimpin, kalau anda beri bunga, anda akan dibalas bunga. Tak rugi anda bangunkan negeri "kesayangan" anda itu.

20130601