gambar rimbunan serai

Keluar saja dari kawasan rumah, ku lihat serai yang ditanam sudah dicantas orang!

Inilah perangai manusia
Tak henti mencari pasal dengan Tedi

Serai yang Tedi tanam dengan bantuan Master
Kamu cantas

Hahaha, takper la, nanti tumbuh la balik serai tu.
Yang peliknya serai rumah sebelah ok jer, tak terusik pun.
Tapi serai diorang kecik lagi, comel jer.
Serai Tedi lak dah macam lalang di sawah terbiar.

Tuhan tolonglah lembutkan hati dia.
Tak cantas seraiku sesuka hatinya.
Moga dia tahu, moga dia kenal.
Beza antara lalang dan serai.

Tetapi kemudian seorang pakcik menyatakan bahawa serai memang elok dicantas. Maka hati Tedi pun terpujuk dan berterima kasih kepada yang telah mencantas serai Tedi.

Tedi mula membaca mengenai serai, dan serai memang perlu dicantas untuk mengelakkan reput. Apabila serai dicantas cahaya matahari dapat sampai dan mengeringkan bahagian batang serai. Jika asyik lembab ia akan mereput.

Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik "tragedi" ini. Ia memberi ilmu kepada Tedi mengenai penanaman dan penjagaan serai.

Mari kenali serai

Nama tempat menggunakan perkataan "serai"?

20130518