Adoi la nye pun.
Tedi sudah makin kasihan dengan manusia.
Sebabnya? Tedi dah terbaca blog para manusia di Malaysia ni.
Selama 4 tahun Tedi kenal blog, Tedi tak pernah baca blog mereka!
Cuma Mommy je selalu citer itu ini daripada blog yang Mommy baca.
Tipu?
Biar la apa manusia nak kata.
Tedi tak kisah.
Ini kan DIARI Tedi?
Sebelum ni banyak baca pasal kawan-kawan Tedi jer
Juga pasal pejuang-pejuang daripada kaum manusia yang melindungi mereka
Selain itu pasal Microsoft, Apple, Samsung, Sony Ericcson
Tapi bila baca blog manusia di Malaysia ni
Nyata berbeza
Ada something fishy there...
Hahaha, tak la
Blogger Malaysia ni lebih sentimental kot?
Ceritacerita pun banyak yang sedih?
Atau Tedi yang salah masuk blog?
Istilah yang digunakan pun pelik-pelik... Blogwalking?
Bagi Tedi kalau tak berbaloi untuk dikomen, baik tak payah komen.
Walaupun Tedi pernah komen "hahahahahahaha" jer
Itu bukan sebab "blogwalking"
Tapi sebab entry tu kelakar bagi Tedi.
Ah, abaikan semua itu
Tedi takkan terpengaruh
Tedi lebih sedih membaca kisah anak gajah Pygmy kehilangan ibunya!
Walaupun Tedi ni cute, tapi jiwa Tedi ganas tau.
Majulah negara untuk haiwan!
Ditaip pada 20130517 - kiriman ini adalah berkenaan karutan Tedi mengenai minat Tedi dalam pembacaan blog. Membaca blog bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia tetap menuntut pengorbanan masa.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (53)
- Surah Yusuf QS 12:53
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.