بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berserabut pula tengok label-label yang tunggang-langgang ni

Dulu-dulu tak rajin update blog. Sekarang ni banyak pulak post. Tak tahu la kenapa?

Minat membaca pun dah semakin banyak.. dulu-dulu baca pasal teknologi sahaja, sekarang banyak dah ambil tahu mengenai dunia politik, alam haiwan, alam sekitar & yang terbaru ialah paleontologi.

Gambar seekor teddy bear terbaring di atas katil
Bukan penat baca label, tapi penat pasang langsir
DIY: Tedi memasang langsir.

 

Tedi semakin rajin membaca

Bila dah banyak membaca, banyak la nak komen, tapi komen dalam diari Tedi sendiri jer la, maka bercambahlah posting (hantaran?) Tedi dalam interpretZZ ni.

Label pun dah semakin banyak, jadi Tedi rasa dah tiba masa untuk susun semula apa yang patut. Mungkin kena guna label umum jer kot?

 

Label-label yang Tedi bercadang nak gunakan selepas ini (mengikut susunan abjad) :

  1. agama Islam
  2. aktiviti
  3. alam sekitar
  4. Bahasa Malaysia
  5. haiwan
  6. iklan
  7. jalan-jalan
  8. lirik lagu
  9. luar negara
  10. paleontologi
  11. papan tanda
  12. politik

Itu semua label-label umum, kalau yang melibatkan Tedi dan keluarga, Tedi letak la :

  1. Tedi berpuisi
  2. Tedi dan kawan-kawan
  3. Tedi DIY
  4. Tedi mengkaji

Banyak juga ek? tidak mengapalah, kita buang sedikit demi sedikit dahulu.

 

20130531

~ jika karangan ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~