Seekor kawan kita telah dibunuh oleh seorang manusia di Florida.
Mangsa yang dikenali sebagai Ular Sawa Burma itu berukuran 18-kaki & 8-inci panjang dibunuh apabila ia terserempak dengan pembunuhnya di tengah jalan.
Si pembunuh bernama Jason Leon dipuji atas tindakannya itu. Sungguh racist tindakan itu, cuba seekor haiwan membunuh manusia, sudah pasti ia akan dihukum dengan kejam. Tapi sebaliknya si pembunuh dari kaum manusia dibiarkan begitu sahaja malahan dipuji pula.
Kes bunuh ini memecah rekod sebagai "Pembunuhan Ular Sawa Burma terberat & terpanjang".
Ini adalah kerana Florida sebolehnya mahu kawan kita Sang Ular Sawa Burma dihapuskan dari negeri itu. Ini sungguh tidak bermoral.
Sang Ular Sawa didakwa mengancam hidupan liar yang berasal dari Florida kerana saiznya yang besar. Ular Sawa Burma boleh mencapai panjang 23-kaki dan berat 2000 pounds.
Mereka selalunya dilepaskan selepas kaum manusia yang membelanya sebagai haiwan perliharaan eksotik tidak mahu membelanya lagi.
Inilah perangai manusia yang sungguh keji, bila nak diambilnya konon mahu dibela, tapi bila tak nak dibiarkan sahaja sehingga dituduh sebagai ancaman kepada spesies haiwan yang lain.
Tedi sekali menyeru semua haiwan agar bersatu & menentang kezaliman manusia.
"Manusia baik kita hormati, manusia zalim kita musuhi."
- Burmese Python Measuring 18 Feet, 8 Inches Killed.
- 19-foot python killed in Florida
- Miami man catches Florida's longest ever Burmese python - USA Today
- Largest Python Ever Caught In Florida Captured By Jason Leon, Miami Man
20130521
4 Ulasan
besarnyaaaa ular....
BalasPadammemang besar, tapi besar lg anakonda. besar2 pun, ganas lagi manusia. kan?
Padamyg merosakkan bumi ialah tangan2 manusia kan :(
BalasPadamye betul termasuklah mereka yang bela anjing dan buang apabila dah tua. ironinya mereka inilah yang kata muslim tak sayang anjing sebab tak pegang anjing kerana najis. tak sentuh tak bermaksud tak sayang.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.