Setelah lama menanti, akhirnya mimpi menjadi kenyataan.
Ini adalah semaian Tedi yang ke-3. Tiga kali baru berjaya keluar tunas! Sedih sungguhlah nasibku ini, huhuhu. Mula dari Januari, bulan Jun baru dapat tengok kubis Tedi bertunas...Ini bermakna inilah sayuran kedua yang Tedi berjaya "menumbuhkannya". Bukanlah Tedi yang tumbuhkan, Allah subhanahu wa ta'ala juga yang tumbuhkannya, cuma Tedi nak ringkaskan kepada 1 perkataan mewakili usaha Tedi dalam melihat ia tumbuh.
"Ringkas konon, last-last berjela."Shut up you!
Sebelum ini Tedi berjaya melihat sebiji kacang botol berbuah. Itupun cuma 1 pokok sahaja yang menjalar daripada banyak-banyak benih yang Tedi tanam. Nasib baik 1 je, kalau banyak, macam boleh roboh pula pagar rumah Mommy tu.
8 hari juga Tedi menunggu kubis itu bertunas sehinggakan Tedi dah nak give-up. Nasib baik Tedi tak campak jer pasu tu dalam longkang.
Baru bertunas. Nampaknya mungkin ada banyak lagi cabaran di hadapan yang perlu Tedi tempuhi. Tapi tak mengapa kerana Tedi tidak keseekoran lagi seperti sebelum ini. Kali ini Tedi dah pandai membaca blog manusia dan mencuri ilmu mereka.
Insya-Allah, mungkin Tedi la beruang pertama di dunia menanam kubis, hehehe.
Kali ni Tedi dah rajin ambil gambar, hehehe.
Lihatlah dunia, kubis Tedi bercambah akhirnya! Alangkah indahnya dunia ini. Semoga Kubis ini akan membesar sihat & gemuk2 belaka. |
20130618
6 Ulasan
Suka menanam rupanya.. Mieza kalau menanam jarang nak tumbuh.. Mati adalah.. Orang kata tangan panas, tak sesuai bercucuk tanam.. HuhuhU~~
BalasPadamakak baru datang sini ek.. mcm x pernah perasan... welcome to interpretZZ..
BalasPadambaru je nak cuba2, macam best lak, release tension, tiap2 malam tenung, bila la nak tumbuh ni. :)
rasa bangga kan bila dapat lihat hasilnya.. lepas ni kite tunggu dia membesarlah.. ;)
BalasPadamhahaha... entahla bangga tak... kadang2 rasa tak berbaloi... kadang2 rasa lama sangat nunggu... kadang2 hepi sebab menjadi... tapi jauh lagi perjalanan ni.. nak kena semai benda lain lak.
BalasPadamkalau saya menanam ni.. memang xpernah jadi..
BalasPadamtangan panas orang cakap..adeh~~
ini baru semai, belum besar lagi.. takut2 mati jugak nanti.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.