Tua bukan sebarang tua, anjing pungutan selamatkan 1 keluarga daripada terbunuh.

Mereka yang terbaik ialah pemuda yang berguna kepada orang lain, namun jangan sangka golongan tua sudah tidak berguna kepada masyarakat. Chip membuktikan bahawa usia hanyalah angka (ayat yang manusia perempuan selalu guna untuk sedapkan hati mereka bahawa mereka belum cukup tua, sebab tu makin tua makin gedik perangai).
"Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak."

Itu yang terlintas di benak fikirian Tedi apabila mengetahui seekor kawan Tedi, anjing kacukan makmal berusia 13-tahun telah menyelamatkan 1 keluarga daripada terbunuh dek kebocoran gas.

Anjing bernama Chip itu dipungut oleh puan Corry Barboza yang tinggal di Westport Massachusetts setelah mengetahui mengenainya melalui rancangan TV tempatan "Pick of the litter", baru-baru ini.

Puan itu semestinya rasa bersyukur dipertemukan dengan Chip. Ini mungkin hanya tuah bagi mereka yang tak beriman, namun bagi golongan mu'min, inilah taqdir Allah subhanahu wa ta'ala yang bijak merancang segalanya. Perkara yang kita tak nampak kebaikannya pada hari ini mungkin ada kebaikan bagi kita, cuma kita tidak mengetahui.

"Dia turun daripada katil, dan naik semula ke katil. Dia berpusing-pusing.", jelas puan Barboza menceritakan gelagat Chip pada hari kejadian.

Puan Barboza kemudiannya bangun dan bersiap kerana menyangkakan Chip mahu berjalan-jalan. Tetapi apabila dia membuka pintu biliknya, bau gas memasak menusuk hidungnya. Dia segera ke dapur dan mendapati dapur gas terbuka. Tanpa berlengah puan Barboza memanggil anaknya keluar & menyuruh mereka m embuka pintu dan tingkap.

Chip kini bukan sekadar seekor anjing tua, tetapi ia adalah hero keluarga puan Barboza.
20130614
[Homeless to Hero: Family says adopted dog saved their lives]