Sesuatu yang tak pernah Tedi jangkakan selama ini.


Hari ini interpretZZ mencecah 10000 bacaan, sesuatu yang tak pernah Tedi jangka & harapkan. Tak sangka di luar sana ada juga manusia yang sudi membaca nukilan Tedi.

Daripada dulu interpretZZ tidak pernah dikenali enjin carian seperti Google & Bing, namun kini hampir beratus melalui mereka.

Malahan pernah suatu ketika Tedi tersentak apabila terbaca tajuk dan kandungan yang serupa dengan nukilan Tedi di laman blog manusia. Tak mengapalah sebab yang dikongsikannya itu akan memberi ilmu kepada manusia lain berkenaan alam haiwan.

Cuma apa yang menjadi kegusaran adalah interpretZZ bukan lagi hanya blog berita haiwan, namun telah mengalami konflik identiti yang amat dahsyat!

Mungkin Tedi perlu muhasabah diri semula dan cari tujuan diri, semoga perjuangan ini tak tersasar.

Kekejaman manusia ke atas haiwan semakin berleluasa, tak kira di mana, dan manusia masih tidak mahu membuka mata.

Tedi berharap kita akan menuju Malaysia yang lebih baik, untuk semua.
20130622