Tedi singgah tempat kerja Master. Dek kerana perut Tedi yang buncit ni kelaparan, maka Tedi mengambil keputusan drastik untuk mencari makanan di kafe berdekatan.

Tempat kerja Master terletak di sebuah IPT. Biasalah di IPT banyak aktiviti. Bila banyak aktiviti, maka banyak la poster untuk menghebahkan aktiviti masing-masing.

Berjalan menuju kafe, Tedi melihat seorang makcik terkial-kial menghilangkan kesan double-tape yang digunakan oleh para penampal poster di dinding. Dia terpaksa kikis kesan double tape tersebut sehingga menghakis cat di dinding.

Hutang Gambar: Gegar Minda

Tedi pergi la makan. Malangnya di kafe itu hanya jual makanan manusia sedangkan Tedi hanya makan ikan segar daripada sungai!

Nasib baik la tepi kafe tu ada sungai, maka Tedi pun berenang-renang la mencari sesuap dua ikan. Renangan Tedi itu sekali-sekala diiringi biawak2 yang romantik di sana.

"Yeah, ikan besar, bolehlah kenyang sejam dua!"
Hutang gambar: The Story of Bear & Fish

Usai berenang sambil makan-makan, akhirnya Tedi mengambil keputusan untuk mendarat. Lepas bersidai seketika, tiba la masa untuk pergi kacau Master yang kononnya sibuk. Adalah lebih kurang 30 minit juga Tedi memenuhi keperluan asasi Tedi di situ.

Berjalan punya berjalan, eh, makcik tu masih di sana lagi! Masih terkial-kial membersihkan sisa-sisa tampalan poster yang bertaburan di dinding itu.

Orang lain taknak guna otak, nak senang kerja, makcik tu jadi mangsa.

Alah, dah kerja makcik tu, bukannya dia tak dapat gaji!

Memanglah, tapi mentaliti macam inilah yang menunjukkan betapa kurang ajarnya manusia. Tidak hormati seseorang hanya kerana dia diberi upah, dan pangkatnya tak seberapa.

Cubalah kasihankan orang lain yang bakal menjadi mangsa atas apa juga tindakan kita.

Manusia yang menampal poster merata-rata ni sebabkan bahana kepada orang lain.


Karangan ini pertama kali disiarkan pada 14 Jun 2013. Lokasi di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia di Gombak.