Nampaknya siri memperlekehkan Peribahasa Melayu semakin banyak Tedi jumpa.

Kali ini peribahasa "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." pula menjadi mangsa. Sebelum Tedi mengulas lanjut, biarlah Tedi lampirkan dulu sumber2 yang berkaitan.

Jangan tiru budak ni, lagi la hancur bahasa dibuatnya.
Hutang gambar: akucemuih.blogspot.com: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Apa maksud peribahasa "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"?

"Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali." http://peribahasamelayu.com/buat-baik-berpada-pada-buat-jahat-jangan-sekali/
Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, jangan berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendak dihindarkan sama sekali. http://lanh14.blogspot.com/2012/04/buat-baik-berpada-pada-buat-jahat.html#

 Apa kisahnya yang buat Tedi tak setuju?


  • Tedi terbaca komen seorang manusia selepas membaca "Buat baik selama-lamanya" oleh Pahrol Mohd Juoi
  • Manusia itu komen, "buat baik selama-lamanya, jauh berbeza dengan dalam Peribahasa Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Gambar budak nakal

Mengapa Tedi tak bersetuju dengan beliau, betullah kata-kata ustaz tu?

Bila masa pula Tedi kata Pahrol Mohd Juoi salah?

Apa yang Tedi nak katakan, perbandingan peribahasa ini dengan "Buat baik selama-lamanya" adalah tidak berlawanan maksud, malahan tiada pertembungan pun melainkan "buat baik".

 

Ustaz tu kata, "sentiasa buat baik", manakala peribahasa tu kata "berhati-hati berbuat baik".

Sebenarnya kalau kakak tu perasan la, peribahasa ni sokong kenyataan ustaz tu. 

Di mana?

Pada penyataan "buat jahat jangan sekali" tu la! Kalau dah larang buat jahat tu, maksudnya kena la selalu berbuat baik, betul tak kawan2? Comel kan Tedi?


Gambar semut bekerjasama mencari makanan
Hamka berkata:
"Buat baik di balas baik itu biasa,
buat jahat dibalas jahat itu biasa,
buat jahat dibalas baik itu luar biasa"
ibnunaeem.blogspot.com: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali

Habis tu?

Peribahasa tu bukanlah melarang berbuat baik, sebaliknya jangan melampau, contohnya baik sangat dengan anak sehinggakan anak jadi seperti Anakku Sazali. Banyak lagi contoh di luar sana.

Masalahnya orang selalu fikir bahawa peribahasa ini melarang kita berbuat baik kerana takut dikhianati dek kerana kita terlalu baik. Itu boleh jadi benar, tapi kaum manusia kena berfikir luas lagi, seperti orang selalu kata: "Berfikirlah di luar otak"

Jadi kejam pun perlu juga.

Kadangkala kita kena jadi kejam untuk membantu orang lain menjadi baik (takdela memaksa, tapi boleh la, bertegas lebih sesuai kot?).

Gambar murid meniru semasa dalam peperiksaan
Membantu kawan meniru adalah zalim sebab ia akan menjejaskan masa depan kawan kita itu sendiri.

Contohnya Tedi pernah selalu ditiru oleh kawan2 semasa peperiksaan, pada suatu masa Tedi tanda pada kertas soalan Tedi jawapan yang salah & Tedi letakkan supaya senang ditiru. Akhirnya kawan2 Tedi insaf apabila mendapati markah Tedi & mereka amat berbeza. Kalau Tedi jadi baik, bagi jer tiru, boleh jer, tak luak pun markah Tedi, tapi apa akan jadi kepada mereka dalam peperiksaan yang besar2 nanti?

Boleh faham apa yang Tedi katakan ni? Tak faham, tak apa, Tedi tak kisah pun...

Kenapa perlu berpada-pada?

Banyak sebabnya, contohnya:
  • supaya tidak memanjakan orang lain sehingga dia tidak mampu berdiri sendiri, atau
  • supaya tidak merosakkan orang lain apabila kita tetap berbuat baik dengannya walaupun dia berbuat jahat
Kalau baca betul-betul dalam artikel "Buat baik selama-lamanya" itu kita boleh baca:
Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!

Apa maksud ustaz tu? Itulah dia "berpada-pada"! Berbuat baiklah kepada suami berpada dengan kedudukannya sebagai suami selagi tak melampaui batas yang diajar Allah subhanahu wa ta'ala.

Semua perkara ada batasannya masing-masing, maka apa yang kita buat semuanya haruslah berpada-pada. Makan berpada-pada. Minum berpada-pada. Berpakaian berpada-pada.

Kawan berpada-pada. Musuh pun berpada-pada.

Tedi menaip ni pun harus berpada-pada, jangan mengada-ngada.


7 Jun 2013